Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller

Tuesday, 1 May 2012

Pancake Mayonise

Tiba-tiba pagi tadi ada mood nak buat pancake. Saje nak buat breakfast ala2 dkt McDonalds. Hehe. Tapi rasanya pancake buat sendiri lgi sedap drpd kat McDonalds. Oppss soryy ye encik McDonalds. Hee


Moh kite tgk resipinya :

1 cwn tepung naik sendiri
1/2 sdt baking powder
1bji telur gred A
1 sdb gula halus
30gm butter
1 sdb mayonise
1 cwn air + 2 sdb susu tepung @ susu cair
secubit garam
* Butter, strawberi jem @ madu utk dimakan bersama pancake yg empuk lagi gebu ni :)

Cara-cara :
1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder, garam. Gaul rata dan ayak.
-Dlm satu bekas, masukkan telur, gula, butter dan mayonise. Kacau dgn whisk hingga semua sebati dan rata.
2. Masukkan susu, kacau dan tmbh tepung yg dah diayak tadi sikit demi sedikit sambil dikacau rata.
3. Panaskan non-stick dgn api sederhana. Sapukan sedikit marjerin dlm kuali non-stick. Tuang adunan dlm kuali ( lebih kurg 3 1/2 sdb )
4. Tutup pn dgn tudung periuk skjp. Bila adunan dh berbuih dan agk2 kering, terbalikkan dan angkt bila dh masak.

Lepas dah masak, bolehlah mkn dgn pelahapnya. Haha. Selamat mencuba :)

No comments :

Post a Comment