Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller

Monday 29 April 2013

Roti Sardin


Assalamualaikum.




Roti lagi. Yeay. Kali ni punya roti saya ambil dari JOM MASAK. Thank u JM utk resipi roti ni. Alhamdulillah menjadi. Geram rasanya tgk bentuk cendawan ni. Ni pun idea dari JM ni. Hehe 

Bahan-Bahan :

500gm tpg gndum..
11 gm yis kering (mauripan)-larutkan dlm stgh cwn air
1/2 cawan gula halus-larutkan dalam stgh cawan air
1 sudu besar shortening
1 biji kentang sederhana-direbus dan dilenyek
1 biji telur..
3 sudu besar marjerin..
air SEJUK secukupnya....

cara2
-masukkan tpg dlm mgkk gaul bersama marjerin,shortening..telur
-gaul rata..masukkan mauripan,kntang dan gula..uli sebati sambil
tuang sedikit air uli terus menjadi doh yg agak lembut..
-biarkan sekali ganda naik..dalam 1/2 jam..
-uli bulat2( letakkan inti sardin) susun dlm loyang yg telah disapu marjerin.
-sapu marjerin atas permukaan roti..
-tunggu naik lagi sekali ganda..masa ni tak lama dlm 15 minit dh naik semula.
-bakar dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu...gunakan api atas bawah dan bakar selama 30minit pada suhu 180*c..

inti sardin
-1 tin sardin tumis seperti biasa,ambil ikan sahaja,boleh campur tuna yg dalam tin.
-nak pedas tambah cili semasa menumis..
-boleh gntikan inti ayam,daging,serunding,ikanbilis dsb...
resepi roti kentang..

Selamat mencuba :)

Friday 26 April 2013

Apam Polka Dot versi Strawberry

Assalamualaikum. Hai, Alhamdulillah bersua lagi. Kali ni punya resipi memang semua orang dah lama buat kan. Saya pun dah lama buat tapi tak pernah lgi try buat corak strawberry ni. Takut tak jadi. Buat dot dot biasa je. Semalam my hubby kata ada tempahan, so try lah buat. Try2 jadi pulak. Alhamdulillah. Lepasni nak try buat corak lebah pulak lah. Hee

Mari , Mari, Strawberry untuk dijual. Feeling feeling dekat Cameron sikit. He He






Bahan-bahan :

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu cair
3sdt baking powder
1sdk ovelet
pewarna
filling - blueberry, strawberry, oren dll

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan apam dalam mangkuk mixer, pukul hingga kembang.
2. Bahagikan beberapa adunan mengikut warna pilihan.
3. Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag.
4. Picitkan adunan separuh dalam paper cup, letak filling dan tutup balik lagi separuh dgn adunan.
5. Kemudian kukuskan selama 5-8 minit @ sehingga masak.

Monday 22 April 2013

Kek buah kukus

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita bersua lagi di entri resipi kali ini. Kali ni saya letak resipi fresh punya. Bukan dari draft. Haha. Kali ni kita kongsi resipi kek pulak. Haa, kek lagi. Kali ni kek buah lah pulak. Dah lama tak buat. Rasa bosan-bosan, tengok-tengok ada buah-buahan kering tu, lepastu bahan pun semua ada. So apa lagi, mari lah kita buat kek buah yang simple tapi sedap.



Resipi ni sebenarnya ambik kat FB. Tapi dah lupa ambik kat sapa. Maaf lah ye. Apa pun resipi anda memang menjadi. Terima kasih ye pada tuan empunya resipi. Okay, jom kita tengok resipinya.

Bahan-bahan :

225gm butter ( sebaiknya butter jenama SCS kerana kek lebih moist )
340gm gula pasir
50gm air panas
500gm mix fruit
1 sdk cream of tartar
2sdk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1sdk serbuk buah pala
1sdk esen vanila
3 biji telur

Cara-caranya :

1. Masak gila sampai perang
   - Masukkan air panas, kacau sebati.
2. Masukkan butter-biar cair.
   - Masukkan mix fruit-biar didih dan sejukkan.
3. Masukkan tepung yang diayak bersama cream of tartar + soda + serbuk buah pala - kacau rata dengan senduk.
4. Pukul telur + esen vanila sebentar ( guna garfu sahaja )
5. Masuk dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati.
6. Masuk dalam loyang 8x8. Tutup dengan aluminium foil.
7. Kukus selama 4 jam ( 2jam pertama api sederhana dan 2 jam terakhir perlahankan api )
*Pastikan air kukusan cukup dan bila air hampir habis, tambahkan lagi.
8. Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais selama  2 jam untuk memoistkan kek.

Okay, itu sahaja. Senang kan? Lagi sekali, terima kasih kepada tuan punya resipi :)


Saturday 20 April 2013

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum.

My daughter baru je dalam seminggu start sem break dia. Sejak dia masuk Uitm kat Perak tu, jaranglah dia balik KL. Kadang-kadang kalau ada cuti pun tak boleh balik sbb kerja studio landscape dia tu tak habis-habis. Kalau dia balik pun, kejap sangat. Tak dapat nak spend some time untuk keluar makan sama-sama. So bila dia dah start cuti ni, bolehlah kita one family keluar makan sama-sama.

Jadi, lokasi yang kami pergi malam tadi ialah Burger Bakar Abg Burn. Kami pergi jajahan abg burn ni dekat Ampang. Dekat sikit. Banyak lagi jajahan abg burn ni sebenarnya. Dari dulu lagi dah dgr cita pasal burger bakar abg burn ni. Masuk tv, masuk paper. Baru-baru ni ramai pulak blogger update dorang punya blog pasal abg burn ni. Saya pun nak jugaklah. Hehe

Kami sampai sana dalam pkul 8.30 sbb lepas maghrib terus keluar. Takut ramai pulak orang nnti. Tapi bila kami sampai tu org tak ramai lagi. Tak penat sgtlah nak beratur order makanan. Bila sampai je, tengok menu dah mula rambang mata. Haha. Saya dgn my daughter order meatball cheezy wedges abg burn. Yg lainorder burger. Servis tak lah lambat sgt. Just nice lah. Cara crew abg burn ni bekerja pun sgt bersih. Buat kerja teratur, pakai sarung tangan. Kiranya kebersihan terjamin lah. 

Mula-mula burger sampai dulu. Kami semua ambik burger biasa je. Takdelah bertingkat. Haha. Lepastu baru meatball sampai. Yummy !



Memang sedap ! Tak rugi lah datang. Harga pun sangat berbaloi. Meatball dia memang pure daging. Kuah dia pun sedap. Burger dia pun sama. Senang cita, semua sedaplah. Berbaloi. Pergilah cuba Burger Bakar Abg Burn. Tapi nasihat saya, kalau nak pergi, jgn pergi atas pukul 9.30. Time tu org dah berpusu datang, tempat pun susah cari, beratur pun berganda panjang. 

Ni website dan fb Burger Bakar Abg Burn ni. Bolehlah terjah. 
Website : Abg Burn

Putu Seri Ayu


Assalamualaikum. Lamanya saya tak letak resipi dalam blog ni. Bukan tak ada masa, dah tulis tapi las-last terpaksa simpan dalam draft. Internet lambat lah, blog ada problems sikitlah. Hm ni, dah ada masa lapang sikit, internet pun dah okay, so saya akan mula update blog macam biasa. Hehe. Banyak jugaklah resipi yang diperam dalam draft tu tapi, slow-slow lah ye kita post. 

Nah, kali ni kita tengok resipi kuih ni pulak. Kuih ni antara yang popular lah orang tempah dekat saya. Hee. Bolehlah sikit-sikit buat belanja kan. Dari dulu lagi. Ni pun gambar masa kawan hubby saya tempah. Meh lah kita jenguk resipi kat bawah. 



Bahan-bahan :

2 1/2 cwn gula halus
2 1/2 cwn sntan pekat
air daun pandan (agak2)
sedikt pewarna hijau
5 biji telur
1 sudu besar ovelet
1 sudu besar baking powder *
5 cwn tpg gandum *
kelapa parut
*bahan bahan bertanda * diayak sekali 
Cara-cara :

1. Pukul gula, telur dan ovelet hingga kembang.
2. Kemudian masukkan santan, air daun pandan dan pukul lagi.
3. Seterusnya masukkan tepung gandum yg di ayak bersama baking powder kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
4. Sapu acuan kuih dgn sedikit mnyak dan masukkan kelapa parut dan tekan sedikit.
5. Tuang adunan ke dlm acuan dan kukus hingga masak. Periuk kukus hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.
Sekian, selamat mencuba.