Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller

Wednesday 29 February 2012

Cake Chocolate Kukus

Hari ni tade byk sgt keje nak buat. Lepastu rajin pulak nak buat kek. Hehe. Teringat pulak resipi kek coklat kukus dari JM. Bila buat je, smpai pulak ilham nak ubah suai resipi sikit. Hehe. Jangan marah ye. Kita gabungkan gabungan kek coklat dgn kek coklat indulgence. Hehe.

Meh jamu mata sat eh :)


Ni ada lagi gmbr. Yum Yum !


Ni lagi. Hehe. Menyelerakan kan kan kan?


Terima Kasih ye JM utk resipi yg superb ni. Hehe :)






Monday 27 February 2012

Bingka roti pisang

Okay mlm2 ni rajin pulak tgn nak update blog kan. Byk nak update ni tapi line internet sgt slow. Mcm nak pegi komplan je kat celcom ni. Tgk kat fb mcm ramai jgk yg sakit hati dgn celcom ni. Jom ramai2 pi serang celcom punya internet. Eh dah melalut pulak. Meh tgk gmbr dulu. Warm up dulu sat :)

Taraaaa ! Ni mukadimahnya. Haha


Ni pulak,


Jom tgk resipi,

Bahan bahan :
100 gm gula perang
2 biji telur
125 ml mnyak masak
5 keping roti putih
10 ml serbuk penaik
5 ml soda bikarbonat
4 biji pisang berangan - dilenyek

Cara-cara :
1. Putar gula, telur dan mnyak sehingga kembang dan jadikan satu adunan.
2. Ayak bahan2 kering dan masukkan ke dlm adunan. Selang-seli dgn pisang.
3. Curahkan adunan ke dlm bekas pmbakar dn masukkan dlm ketuhar dgn kepanasan suhu 180c, 35-> 40 mnit.
4. Setelah masak biarkan sejuk, then boleh potong utk makan :)

Dah siap. Ni pulak lepas potong,


Yummy sedap sgt mkn petang2 ni. Senang je nak buatnye. Selamat mncuba :)



Saturday 25 February 2012

Daging Dendeng

Jarang kan update masakan utk tengah hari. So harini kita update ye :)

Daging dendeng. Juadah yg menjdi favourite my family. Lagi2 kalau kuahnya banyak. Hm lagi sedaplah mkn. Sedap mkn time nasi panas2 tau. Mkn dgn roti pun sodap jgk :) Hehe


Moh le kite tgk resipi pulak :

Bahan-bahan:
1/2 kg daging
4 batang serai ( dihris halus )
6 ulas bawang kecil ( dihiris halus )
1inci halia
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili boh @ cili giling
*halia. bwg besar, bwg putih dan cili boh dikisar sekali
kicap pekat dan kicap cair
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Daging direbus dan dipotong nipis. Kemudian ditumbuk. Ketepikan.
2. Serai dan bwg kecil yg dihiris nipis digoreng sehingga kekuningan. Ketepikan.
3. Tumis bahan2 yg dikisar tadi sehingga naik bau. Jika perlu tmbhkan sedikit air.
4. Masukkan kicap. Kalau nak kuah lebih  buhlah byk sikit.
5. Masukkan sedikit gula. Biarkan mendidih sebentar.
6. Kemudian masukkan daging dan tunggu sehingga masak.
7. Setelah masak, tutup api. Kemudian msukkan serai dan bwg kecil yg telah digoreng awl2 tadi.

Dah siap :) Selamat mencuba. Sedap ~

Friday 24 February 2012

Kuih Lapis

Dah lama dah tak update resipi ni. Sorylah ye. Keadaan masa tak mengizinkan. Hehe. Okylah kali ni kek lapis pulak.


Malas nak cite pnjg, moh le kite tgk resipi :

Bahan-bahan :
1 3/4 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
3/4 cwn gula
3 1/2 santan

Cara-cara :
1. Panaskan pngukus dan sapu loyang dgn sedikit minyak.
2. Campurkan semua bahan kecuali pewarna.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
4. Tuang adunan mana2 kaler dulu. Kukus selama 3-5 mnit.
5. Ulang perkara sama hingga habis.
6. Untuk lapisan terakhir, kukus 15-20 mnit.
7. Buka pengukus dan biarkan api selama 5 mnit.

Dah siap. Senang j kan? Selamat mencuba :)

Monday 20 February 2012

Cake Marble

Meh nak update lagi. Kali ni resipi zaman mak mak kita dulu. Kek yg paling senang dan paling sedaplah kalau time dulu. Dulu2 kan tade kek glamour2 mcm skrg. Dulu mana ada cheese kek. oreo cheese kek tu semua. Dulu ada kek ni je. Tapi sedap. Ni request dri my son. Dia nk blik asrama kan. Teringin pulak nk makn kek ni katanya. So dgn senang hatinya, buatlah kek ni utk dia.



Ats kek ni nmpk mcm tak berapa best. Kedut2 sikit. Biasalah, dah lama tk buat kan. Hehe. Jom tgk bila dah potong pulak.


Alhamdulillah lah menjadi jgk :)

Jom tengok resipi pulak. Snang sgt2 :o

Bahan-bahan :

1 cwn butter @ marjerin 
1 cwn gula halus
2 cwn tepung naik sendiri + 1/2 suduteh baking powder
4 biji telur
sedikit esen vanila
pewarna ( ikut suka masing2 ye )

Cara-caranya :
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan esen vanila. Pukul sebati.
4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
5. Lepastu asingkan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan 3 bahagian tu kepada warna yg anda suka.
6. Masukkan ke dlm loyang. Panaskan oven dulu dlm 10 minit. Bakar pada suhu 160c selama 45 minit.

Siap ! Senang kan? Selamat mencuba :)






Chocolate Cake Indulgence

Haa lama dah tak update blog ni.. Bertimbun resipi baru nak upload cuma tade masa je. Takpe2 kita update sikit2 naa. Skrg ni nak update resipi kek coklat indulgence pulak. Yummy Yummy :) Nak buat kek ni byk sikit bendanya dan caranya tapi kalau dah siap and mnjadi keknya mmg puas hati. Mcm kek SR. Hehe.

Ni rupanya bila dah siap tapi comot sikitlah. Nak buat dekoration ni payah sikit bila ank yg kecik sekali tu pun nak join sama. Hehe.


Yg ni pulak bila dah potong.


Resipi :

Bahan2 utk buat kek:
150gm tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung @ butter dicairkan
120ml susu coklat
150gm gula halus
1 1/2 sudu besar ovelet
2 sudu besar emulco
3 sudu besar serbuk koko

Cara-cara :
1. Pukul telur dgn gula hingga kembang. Msukkan ovelet dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
2. Masukkan minyak jagung, putar perlahan. Masukkan pula susu dan emulco. Apabila semati, msukkan tepung dan serbuk koko. Pukul sebati.
3. Panaskan dulu oven lebih kurang 10minit. Bakar kek sehingga masak.

Bahan2 utk white chocolate filling :
100gm white chocolate
150gm butter
2 biji telur (kuning sahaja)
100gm gula halus
250gm non diary whipping cream

Cara-cara :
1. Cairkan coklat double boil -> ketepikan
2. Pukul whipping cream hingga kembang.
*jangan terlebih pukul kerana nnti jadi berketul.
3. Pukul telur dgn butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan whipping cream. Kacau rata.

Bahan2 utk dark chocolate filling:
100gm dark chocolate
150gm butter
2 biji kuning telur
100gm gula halus
250gm non diary whipping cream.
*Cara2nya sama mcm penyediaan white chocolate filling.

Bahan2 utk Ganache :
300gm dark chocolate 
300gm non diary whipping cream
25gm butter

Cara-caranya :
1. Masak whipping cream hingga timbul buih2 kecil
2. Masukkan butter. Kacau perlahan.
3. Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan chocolate dan cair sepenuhnya.tu

Untuk hiasan kek :
1. Belah kek mnjadi empat kepi. *tpi saya dpt ptong 3 je sbb guna loyang besar and kek tu jdi nipis. So susah sikit nak belah jdi empat. 
2. Letakkan sekeping di atas plate. Sapukan white chocolate filling. Ratakn. 
3. Letakkan lagi sekeping kek. Sapukan pula dgn dark chocolate filling. Ratakan. Ulang hingga lapisan kek habis.
4. Sejukkan betul2 dlm fridge sebelum dicurah dgn garnache.
5. Lepas dh curah dgn garnache dan dihias ikur kreatviti msing2, msukkan blik dlm fridge. 
Sekian :o

Kalau ada masa lapang buatlah. Memang resipi mcm pnjg tapi bila kek dah siap mmg tak rugilah cuba resipi.
Cuba cubalah ye :) 

p/s : terima kasih ye kak chah sbb kongsi resipi ni :)






Friday 17 February 2012

Samosa

Mlm semalam buat samosa. Hari ni dah boleh goreng. Dapatlah sarapan dgn samosa.



Ni resipinya :

Kulit popia
Daging @ isi ayam yg dicincang
3 sudu besar rempah kari daging
2 labu bwg besar dipotong dadu
5 biji ubi kentang atau keledek dipotong dadu
4 ulas bwg putih, 4 ulas bwg merah ( keduanya ditumbuk )
Daun sup dihiris
Garam secukup rasa

Cara-caranya :

Untuk membuat intinya, panaskan sedikit minyak. Tumis bwg merah dn putih yg telah ditumbuk hingga naik bau.
Kemudian,msukkan rempah kari. Kacau rata hingga pecah mnyak. Masukkan air. Lepastu masukkan daging @ ayam yg telah dicincang. 
Masukkan kentang pulak. Biarkan mendidih sehingga kentang lembut dan daging empuk. Masukkan garam secukup rasa.
Kemudian, msukkan pulak bwg besar yg dipotong dadu bersama daun sup. Dah masakk :)
Lepastu bolehlah bungkus dgn kulit popia. 

*intinya boleh dipelbagaikan. kut citarasa masing2 lah ye.


Creamy Banana Shake

Haa ! Kali ni lain sikit lah. Upload sekali dgn air utk lunch tadi. Glamour betul lunch tadi. Haha :)



Bahan-bahan :
1biji pisang masak (pisang emas)
1 cwn susu rendah lemak Dutch Lady
1 cwn ais hancur
1 skup aiskrim vanilla
whipping cream

Cara-cara:
Kisar semua bahan. ke dlm pengisar sehingga sebati. 
Masukkan kedlm gelas. Letak whipping cream dan aiskrim vanilla.
Hidangkan serta-merta. SIAP !

Senang kan ? :)


Sweet Cheese Banana

Malam ni punya dessert simple je. Sedap pun sedap. Bolehla cuba. Simple sgt.


Ni resipinya :

Bahan-bahan :

Beberapa biji pisang emas @ berangan
Sedikit gula perang (ikut manis masing2)
Sedikit cheese parmesan
Sedikit coklat urai

Cara- cara :

Pisang dibelah dua.
susun dlm bekas yg tahan panas.
pastu tabur la..gula perang, cheese n coklat urai.
masukkan dlm oven...masak lbh kurang 10 minit aja atau agak2 cheese tu dh cair.

sedap di makan panas2 atau sebagai desert bila tetamu dtg..
selamat mencuba...

Pepahat Lala Tumis Cili

Hari ni menu lunch tadi biasa2 je. Pernah dgr nama pepahat lala tak? Jarang kan. Haritu pergi beli brg dapur tetiba terjumpa pepahat ni. Eksited pulak nmpk pepahat ni. Terus beli. Then fikir2 nak masak apa so decide masak tumis cili je lah. Sedap jgk kan :)


Nampak sedap kan? Kan? Tapi susah jumpa. Mkn dgn nasi panas2 lagi sedap :)

Wednesday 15 February 2012

Bihun Goreng

Menu malam ni bihun goreng pulak. Ala goreng simple je.


Bihun goreng ni senang je nk buat kan. Semua org pun tau buat kan. Sedappp :)

Roti Jala Kari Ayam

Semalam kan dah buat kari ayam, so pagi tadi buat pulak roti jala. Memandangkan kari tu lebih, so buatlah roti jala ni. Dapatlah anak beranak semuanya bwk bekal roti jala dgn kari ayam. Sedappp :)


Ni resipi roti jala :

Bahan- bahan :
1kg tepung gandum
1 biji telur
Sedikit santan ( kalau tknak msukkan pun takpe)
Pewarna kuning 
Sedikit garam

Cara :
Bancuhkan semua sekali bahan2 tdi sehingga sebati. Masukkan air tetapi tidak terlalu byk atau sedikit. Sedang2 lah. Jgn smpai adunan cair sgt. Kalau nak senang blend je semua bahan tadi. Dah siap.
Lepastu tebarlah adunan roti jala tdi ats kuali leper. Sblum tebar tu sapu sedikit mnyak masak supaya adunan tdak melekat.

Senang je kan? Selamat mencuba :)


Tuesday 14 February 2012

Kari Ayam

Malam ni makan kari ayam je. Simple simple je. Rasanya kari ayam ni semua org pun reti buat kan? Senang je kan buatnya.


Esok nak buat roti jala pulak lah. Yummmy sedapnyaa cicah dgn kari ayam ni. Sedap kan? Kan? Tunggu kemunculan roti jala pulak ye. Tunguuuuuuuu :)

Monday 13 February 2012

Oreo Cheese Cake

Kek ni dah buat lama dah. Awl thun baru haritu. Masa blik kg my hubby hjung thun lepas, anak sedara ada cerita psal diaorang buat oreo cheese cake. Berminat pulak nak buat sbb mmg dah lama nak buat tapi bila tgk reispi mcm leceh je nk buat tu yg asyik tngguh2. Bila ank sedara ckp tak susah pun sbnrnya nk buat terus rasa sgt excited ! Hehe. Diaorang kata diaorang pun ambik kat blog tapi dh tk ingat blog mana tapi mmg senang. So ambiklah resipi tu. Memandang time thun baru tu my son punya bday, so buat lah utk dia.

Buat2 jadilah mcm ni. First time kan so agk berpuas hati lah. Hehe


Bila dah potong, mcm ni pulak. Walaupun nmpk comot semcm, tapi tetap rasa cheese cake tu. Puas hati jgklah.


Rupa bila dah potong nmpk tak berapa jadi kan tapi takpe yg penting sedappppp :) Sebenarnya kena smpan dulu satu mlm dlm fridge barulah jadi lagi sedap and tak lembik. Mcm SR punya okey. Boleh bisnes lah mcm ni. Haha

Meh tgk resipi pulak.

Bahan Dasar :
200gm @ 300 gm oreo (dibuang krimnya)
75gm mentega dicairkan

Bahan Filling :
500gm cream cheese (philapedia cheese)
110gm gula castard
1/2 suduteh esen vanila
2 bjij telur
1suduteh lemon jus
150ml @ 200ml whipping cream
15 @ 20 keping oreo ( dipatah-patahkan, dibuang creamnya)

Cara-cara :
Dasar kek
- Kisar biskut oreo dan gaul dgn mentega cair Tekan padat ke dlm loyang.
- Bakar dlm 15mnit (160c).
- Selepas itu ketepikan.

Filling
- Pukul cream cheese dgn gula hnnga sebati. Msukkan telur sebiji demi sebiji.
- Diikuti dgn whipping cream dgn jus lemon. Putr hngga sebati.
- Masukkan oreo yg dipatahkan-patahkan ke dalamnya dn gaul rata.
- Tuang ke dlm loyang yg diratakan biskut oreo tdi.
- Bakar pada suhu 150c secara water bath selama 45-50mnit.
- Setelah masak tutup suiz oven dan renggangkan pintu oven.
- Biar sejuk di dlmnya selama 1jam.
- Longggarkan tepi kek dgn pisau tajam sekeliling loyang. Biarkan sejuk dan tutup dgn plastik wrap dn smpan dlm peti sejuk selama 4jam @ semalaman. 
Sedap dimakan sejuk2.
* Untuk memudahkan kita keluarkan kek tu drpd loyang, alas dulu loyang tu dgn aluminium foil sblum msukkan adunan dasar kek.

Selamat mencuba :)

Apam Pelangi Kasih

Harini my daughter tak gi keje. Dapat cuti kan. Duk rumah mulalah nak masak itu ini. Buka2 internet lpastu bukak blog kak chah berkenan pulak nak buat apam snow white. Lawa lah pulak dia kata. Ambik resipi terus buat memandangkan semua bahan ada kan. Rezeki dia lah tu. Bila buat je tak jdi lah pulak kaler soft2 snow white tu. Dah jadi kaler mcm pelangi dah. Terus lah tukar nama. Sory ye kak chah sbb tak sama mcm kak chah buat.

Ni lah hasilnya.


Jadilah untuk santapan petang2 mcmni. Alhamdulillah. Cuaca pun elok je. Sedap lah tu mkn hasil air tgn my daughter.

Ni lah resipinya. 

1 1/2 cwn tepung beras
1 1/2 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula pasir
1/2 peket yis
1 cwn nasi
1 1/2 cwn air
*boleh letak ais krim soda sikit kalau nak rasa gas2 sikit masa mkn tu

Cara-cara :
- Kisar nasi dgn air hingga betul2 halus. Camur pula gula. Kisar lagi.
- Campur ke dlm bhan2 lain dan kacau rata. Pastikan adunan sebati dan hancur betul2.
- Peram dlm 2 jam. Msukkan ke dlm acuan lompang yg disapukan dgn sedikit minyak.
- Kukus 4-6 minit.

Senang je kan? Warna tu ikutlah kreativiti dan kesenangan masing2. Selamat mencuba dan selamat minum petang :)


Pizza yg sgt simple dan sedap


Nak makan roti arab tapi tak ada kuah. Yang ada hanya bahan2 simple yang sentiasa ada dalam peti sejuk. Fikir2 dtglah idea nak buat pizza. Maka jadilah pizza roti arab yang rasanye sedap juga mcm yang kat PHD.

Resepinya:
  • Mesti ada roti arab baru jadi pizza roti arab
  • 4 @ 5 batang sosej
  • 4 @ 5 crab sticks
  • Cendawan butang
  • Sedikit hirisan cili bengala
  • Sedikit hirisan isi ayam @ udang @ daging cincang
  • Sedikit sos cili & sos tomato
  • Sedikit serbuk lada hitam jika suka
  • Ceddar Cheese

      *  Kalau nak sedap lagi boleh letak bahan2 lain mengikut citarasa .

Cara membuatnya:
  • Kikiskan sedikit bahagian atas roti arab supaya sos dapat meresap ke dalam roti arab itu.
  • Potongkan bahan 1,2 dan 3. Untuk lebih senang celur sekejap bahan2 ini.
  • Kemudian taburkan semua bahan2 tadi di selang-seli dengan sos dan cheese
  • Seterusnya bakar sekejap saja sehingga cheese cair kerana roti arab itu sudah masak.
      * Senang je kan. Selamat mencuba.

Sunday 12 February 2012

Cheese Tart Rose

Kali ni kongsi resipi lain pulak lah. Cheese tart rose. Ramai org kata nak buat cheese tart ni leceh, susahlah. Macam2 kan. Tapi nak buat cheese tart ni mmg memerlukan kesabaran yg tinggi. Baru jdi lawa dan sedap.
Lepas dah buat, dah bakar, ni lah hasilnya


Meh kita tgk resipinya pulak :

Tart crust / Shell
Bahan-bahan :

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dgn menggunakan senduk kayu. Jgn putar laa sgt.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dgn senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hngga mnjdi doh yg lembut. Kuantiti tepung bergantung kpd kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dlm acuan tat. Cucuk dgn garfu sblum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170c sehingga masak.

Cream Cheese Filling :
Bahan-bahan :

250gm cream cheese
50gm gula kastor/ gula hals
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1.Putar cream cheesen dan gula hingga berkrim
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filing ke dlm kulit tart.
4. Tuang cream cheese ke atsnya. Bakar selama 5mnit pada suhu 170c. Sentuh cream dhn hjung jari, kalau tk melekat, knanya dah msak. Kalau tak, msak seminit lagi.

Senang je kan? Selamat mencuba :)


Waffle


Hidangan yang sesuai untuk sarapan pagi dan bekalan suami ke tempat keja dan anak ke sekolah. Jika nak
mudah, sediakan bancuhan pada sebelah malam. Selepas sembahyang subuh pun boleh sediakan panas2. Kita juga boleh jadikan bekal ke tempat keja.

Waffle

Resepi:

1 cawan tepung
2 biji telur
3/4 cawan susu cair @ susu segar
2 sudu besar minyak
11/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu besar gula (kalau nak tambah boleh. Ikut suka)
Sedikit garam
Sedikit esen waffle @ esen vanilla
Cara membuatnya:

Pukul telur hingga berbuih sedikit
Kemudian masukkan susu dan kacau
Kemudian massukkan semua bahan lain
Kalau nak senang kisar saja semua sekali.
Panaskan pembakar waffle
Kemudian masak seperti biasa.
Kalau dah masak sapulah krim ikut citarasa sendiri
Sedap dimakan panas2 dan sesuai untuk anak2 bawa bekal ke sekolah


Dim Sum


Tekak hari ni terasa nak makan masakan cina. Buka peti sejuk bahan yang ada hanya kulit dim sum. Maka terhasillah dim sum yang berintikan tuna. Ternampak pula sosej & crab stick. Lalu saya gaulkan sekali semuanya. Anak saya kata sedap juga.


Dim sum tuna

Resepi:

1 bungkus kulit dim sum yang boleh dibeli di pasar raya
1 tin tuna
5 batang sosej
5 batang crab stick merah
Garam secukup rasa
*** masukkan inti lain pun boleh. Ikut citarasa masing2

Cara membuatnya

Kisarkan semua bahan di atas hingga hancur
Ambil sedikit dan masukkan ke dalam kulit dim sum tadi. Bunjutkan saja
Kemudian kukus hingga masak.
Kemudian hidangkan

Senang aje.........


Saturday 11 February 2012

Almond Cheese Cake


Hari ni my daughter tak pegi kerja. Tak tahu nak buat apa. Buka-buka fridge ada nmpak cream cheese. Terus ckp nak buat Almond Cheese Cake. Memang dari haritu ckp nak buat sbb mula-mula buat haritu dia tk dpt rasa. Ni dah dia nak buat biarkan je. Bahan-bahan semua cukup tinggal ikut resipi je kan. Mula-mula dia buat comot jugak sana-sini. Biasalah dia baru first time buat kan.Tapi last2 lawa pulak bila dah siap bakar semua. Bangga betul tgk cake tu menjadi. Hasil air tangan my daughter :)

Bahan-bahan :

130 gm cream cheese ( kalau bukan philadepia pun menjadi jgk )
220 ml susu segar ( nak pakai susu cair pun boleh )
100 gm butter atau marjerin
100 gm tepung gandum
100 gm gula halus
3 biji telur gred A
sedikit esen vanila

Cara-cara :
-Panaskan cream cheese, butter dan susu dgn api yg sederhana. Kacau pelan2 smpai semuanya cair dn sebati. Kacau supaya tak jadi berketul atau berkerak. Dah cair, tutup api dan ketepikan biar sejuk sekejap.

-Asingkan putih dan kuning telur. Pastikan kuning telur tk trcampur sekali dgn putih telur nanti tak jadi. Then, pukul putih telur smpai berbuih lebih kurang 10 minit. Agak2 dah byk buih tu msukkan gula halus sikit demi sedikit. Pukul dgn kelajuan yg tnggi smpai jadi putih gebu ala2 shampoo gitu.

-Pukul kuning telur dgn garfu mcm nak buat telur dadar tu. Sikit2 je dahlah. Tuangkan adunan telur ke dalam adunan yg dicairkan mula2 tadi tu. Kacau sebati. Masuk esen vanila lepastu msukkan tepung sikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.

-Akhir sekali msukkan putih telur yg dah mcm shampoo tu ke dlm adunan tepung tdi tu. Gaul perlahan2 smpai sebati.

- Step last sekali, ambik loyang yg sederhana, letak paper bake then griskan dgn butter dkt ats paper bake tu dgn sekeliling loyang sbb nnti senang nak keluarkan cake tu lepas dah bakar. Bakar secara steam boil. Sebelum bakar, taburlah badam cincang kat ats tu. Bakar pada suhu 160c dgn 40 minit api bawah dn sepuluh mnit kemudian api atas dn bwh.

SELAMAT MENCUBA :)

p/s : blog MAMA AISHAH ni baru je. so fham2 jela ye. Resipi pun baru pelan2 nak msuk. sabar ye, lepas ni byk lagi resipi menarik akn diupdate :)

Biskut Chocolate Chips Famous Amos



21/2 cwn tpg gandum @ 285 gm
1 sdu bsr serbuk koko 
2 sdu besar sebuk milo
2 sdu besar tpg jagung
1/2 teh soda bicobonat
21/2 sudu besar susu tepung
sedikit garam
Semua bahan digaul dan diayak bersama kecuali garam.

140gm gula custor
250gm butter
1 biji kuning telur
sedikit esen vanilla
coklat chip ikut suka. saya bubuh 100gm
* boleh tambah kekacang lain ikut citarasa
* saya tambah badam cincang

Cara2 membuatnya:
Pukul butter & gula hingga kembang
Masukkan kuning telur & kacau rata
Masukkan esen vanilla dan sedikit garam
Masukkan bahan2 yang diayak tadi & kacau rata
Akhir sekali masukkan coklat chip dan kekacang
Bulatkan kemudian leperkan dgn garpu - susun dan jarakkan supaya kuih dapat mengembang
Bakar dalam ketuhar 160C. 15 hingga 25 minit.
Selamat mencuba.