Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller

Monday 22 April 2013

Kek buah kukus

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita bersua lagi di entri resipi kali ini. Kali ni saya letak resipi fresh punya. Bukan dari draft. Haha. Kali ni kita kongsi resipi kek pulak. Haa, kek lagi. Kali ni kek buah lah pulak. Dah lama tak buat. Rasa bosan-bosan, tengok-tengok ada buah-buahan kering tu, lepastu bahan pun semua ada. So apa lagi, mari lah kita buat kek buah yang simple tapi sedap.



Resipi ni sebenarnya ambik kat FB. Tapi dah lupa ambik kat sapa. Maaf lah ye. Apa pun resipi anda memang menjadi. Terima kasih ye pada tuan empunya resipi. Okay, jom kita tengok resipinya.

Bahan-bahan :

225gm butter ( sebaiknya butter jenama SCS kerana kek lebih moist )
340gm gula pasir
50gm air panas
500gm mix fruit
1 sdk cream of tartar
2sdk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1sdk serbuk buah pala
1sdk esen vanila
3 biji telur

Cara-caranya :

1. Masak gila sampai perang
   - Masukkan air panas, kacau sebati.
2. Masukkan butter-biar cair.
   - Masukkan mix fruit-biar didih dan sejukkan.
3. Masukkan tepung yang diayak bersama cream of tartar + soda + serbuk buah pala - kacau rata dengan senduk.
4. Pukul telur + esen vanila sebentar ( guna garfu sahaja )
5. Masuk dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati.
6. Masuk dalam loyang 8x8. Tutup dengan aluminium foil.
7. Kukus selama 4 jam ( 2jam pertama api sederhana dan 2 jam terakhir perlahankan api )
*Pastikan air kukusan cukup dan bila air hampir habis, tambahkan lagi.
8. Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais selama  2 jam untuk memoistkan kek.

Okay, itu sahaja. Senang kan? Lagi sekali, terima kasih kepada tuan punya resipi :)


3 comments :

  1. sedapnya... lum pernah lg sy buat kek buah sendiri.. bimbang takut tk menjadi..hehe

    ReplyDelete
  2. aha...kek ni mmg sedap...bt la mesti jadi.saya yg x pndai ni bt menjadi

    ReplyDelete
  3. Assalam....nak Tanya air panas tu 50gm atau 50ml. Terima kasih

    ReplyDelete