Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller
Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Monday, 11 November 2013

ROTI GEBU

Assalamualaikum



Resipi :

Bahan-bahan :

400 gm bread flour 
100 gm tepung gandum
100 gm gula halus (3 @ 4 sudu besar )
1sdt garam
1sdt bread softener
1sdt bread improver
1 biji telur dipkul dgn garfu
1 peket yis
2sdb butter/majerin
1 sdb shortening
2sdb susu pekat
1 biji kentang direbus dan kemudian dilenyek hingga hancur ( jgn ada yg berketul2)
Beberapa batang direbus 

Cara-cara :
1. Masukkan yis dan gula kedalam 230ml air suam. Biarkan sebentar hingga berbuih.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali telur. Gaul sebati.
3. Kemudian, masukkan telur kedalam mangkuk yg berisi yis dan gula tadi., lepastu kacau hingga sebati.
4. Masukkan bahan yis ini kedalam bekas doh tepung tadi sedikt demi sedikit. Uli hingga sebati dan tidak melekt di jari. Kalau rasa doh tu mcm lembik lagi, tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli dalam masa yg agak lama untuk mendapat tekstur roti yang lembut.
5. Kemudian perap roti sehingga naik lebih kurang 1/2 jam.
6. Lepastu bolehlah untuk bentukkan roti ikut kreativi masing masing.
7. Bakar lebih kurang 10-15minit, 150c ikut darjah kepanasan oven masing-masing.

*Rajin-rajinlah tengok oven masa sedang membakar, takut roti hangit pulak nanti.

Selamat mencuba :)


Friday, 8 November 2013

Roti Puri

Assalamualaikum.

Wahh lama dah tak update entri baru ni. Tu lah, ada masalah dgn blog ni haa, sekarang baru okay. Baru boleh bukak blog balik.

Baru-baru ni kan Hari Deepavali, mood-mood Deepavali pulak. Hehe, kita buat Roti Puri lah pulak.


Resipinya :

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt yis
1/2 sdt garam
3 sdb minyk masak
2 sdb gula
175 ml air suam
Minyak untuk menggoreng

Caranya :

1. Tepung gandum dan yis digaul dalam mangkuk.
2. Minyak masak + gula + garam disatukan dalam 175 ml air suam. Kacau sebati.
3. Bahan2 yg sudah disatukan tadi, masuk pula dalam mangkuk lain untuk diuli bersama tepung. Masuk tepung sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh dan tak melekat di jari.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan buat bulatkan. Perapkan selama 1/2 jam @ lebih.
5. Kemudia, leperkan doh yg telah dibulatkan tadi dan sedia untuk goreng.





Monday, 29 April 2013

Roti Sardin


Assalamualaikum.




Roti lagi. Yeay. Kali ni punya roti saya ambil dari JOM MASAK. Thank u JM utk resipi roti ni. Alhamdulillah menjadi. Geram rasanya tgk bentuk cendawan ni. Ni pun idea dari JM ni. Hehe 

Bahan-Bahan :

500gm tpg gndum..
11 gm yis kering (mauripan)-larutkan dlm stgh cwn air
1/2 cawan gula halus-larutkan dalam stgh cawan air
1 sudu besar shortening
1 biji kentang sederhana-direbus dan dilenyek
1 biji telur..
3 sudu besar marjerin..
air SEJUK secukupnya....

cara2
-masukkan tpg dlm mgkk gaul bersama marjerin,shortening..telur
-gaul rata..masukkan mauripan,kntang dan gula..uli sebati sambil
tuang sedikit air uli terus menjadi doh yg agak lembut..
-biarkan sekali ganda naik..dalam 1/2 jam..
-uli bulat2( letakkan inti sardin) susun dlm loyang yg telah disapu marjerin.
-sapu marjerin atas permukaan roti..
-tunggu naik lagi sekali ganda..masa ni tak lama dlm 15 minit dh naik semula.
-bakar dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu...gunakan api atas bawah dan bakar selama 30minit pada suhu 180*c..

inti sardin
-1 tin sardin tumis seperti biasa,ambil ikan sahaja,boleh campur tuna yg dalam tin.
-nak pedas tambah cili semasa menumis..
-boleh gntikan inti ayam,daging,serunding,ikanbilis dsb...
resepi roti kentang..

Selamat mencuba :)

Friday, 20 April 2012

Garlic Bread with Mushroom Soup

ni before masuk oven


okay, yg ni dgn mushroom soup. Mushroom soup ni buat sendiri okay ~

Rujukan- Kak Chah

Ambik resipi ni drpd kak chah. Tapi maaf ye sy ada tukar sikit2. Mohon ampun :)

500gm tpg high protien
1 biji telur
25gm susu tepung
1 peket yis
1/2 sdb shortening
1 sdb bread softener
90gm gula castor (saya kurangkan)
1 sdt garam
70gm butter
250 gm air dari peti sejuk

cara2 membuatnya
resepi asalnya menggunakan bread mixer...guna mixer just masuk semua sekali aja tapi saya tak ada mixer n guna tangan maka saya buat mcm biasa kita bt roti la..

1. Masukkan yis dlm air suam hgga yis berbuih...kacau n masukkan telur.kacau sebati.
2. Dlm mangkuk besar..ayak tepung n susu tepung.
3. Masukkan shortening, bread softener,gula n garam...gaul rata.
4. Msukkan air suam bersama yis sedikit demi sdkt.
5. Uli dgn air dari peti ais hgga menjadi doh...pastu masukkan butter.
6. Uli lg hgga sebati hgga doh licin.air tak perlu habiskan klau doh dh tak melekat di jari.
7. Rehatkan doh hgga mengembang 2 kali ganda.
8. Setelah mengembang, tumbuk-tumbuk perlahan doh utk keluarkan udara.
9. Bulat2kan doh dan susun dlm loyang yg disapu sdkt majerin pd loyang.
10. Sapukan dgn garlic spread keatas bun.
11. Rehatkan doh hgga mengembang sekal lg.tmbh garlic spread sekali lg.tapi pastikan sapu perlahan-lahan.
12. Bakar pd suhu 150-160 c..kira2 25 minit atau sehgga masak.

Bahan2 untuk Garlic Spread
3 ulas bawang putih
50gm atau lbh butter
2-3 btg daun ketumbar
sedikit serbuk lada hitam.

Cara2nya
1. Tumbuk bwg putih hgga hancur.
2. Potong daun ketumbar halus2
3. Gaulkan semuanya bersama butter dan lada hitam
4. Sedia utk di sapu pada roti.

Mushroom Soup
1.5 liter air ( bancuh 7 sudu besar susu tepung dgn air)
2 kpg ayam bahagian dada.
1/2 cwn tepung gandum (bancuh dgn sedikit air)
11/2 kiub ayam brand knorr
1/2 tin cendawan butang dihiris nipis (nk lbh pn boleh)
garam secukup rasa
serbuk lada hitam

Cara2nya
1. Kisar ayam kasar2.
2. Masak dgn susu dgn api yg kecil.
3. Masukkan kiub ayam dan cendawan.
4. Apabila telah mendidih kecil..masukkan tepung dan kacau sebati.
5. Masukkan serbuk lada hitam dan garam.
6. Masak hgga mendidih dan pekat....

Selamat mencuba. Tgk gmbr mengancam kan?



Thursday, 29 March 2012

Roti Pintal Sosej

Bila dah takde keje mcm2 resepi yg timbul dlm fikiran ni. Haa ! Bila fikir2 tetiba rasa nak buat roti pulak.


Resipi :

Rujukan resipi : JM

Bahan A :
400gm tepung roti
1sdt baking powder
1sdt bread softener ( optional )
1 biji telur
air suam panas
*jadikan telur + air 180ml
11gm yis ( 1 peket )
4sdb gula

Bahan B :
2sdb marjerin
1sdb shortening

Cara- cara :

1. Satukan bahan cecair + gula - kacau gula hingga hancur
- Msukkan yis, kacau - biarkan berbuih
2. Dlm mangkuk satukan bahan A. Gaul dgn tgn shingga sebati.
3. Tuangkan air yg brcampur yis yg dah berbuih tadi. Uli hingga sebati.
4. Masukkan bahan B- Uli hingga tak melekat di tgn.
5. Jika perlu tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga doh cantik.
-Uli lagi hingga doh licin dan lembut.
6. Teruskan step meroti. Sama ada nak buat bun atau roti sosej pntal atau sebagainya. Perap 40mnit. Setelah 40mnit letak sos atau mayonis atau sebagainya. Bakar 170c- 20mnit @ sehingga masak.

Dah siap. Selamat mencuba :)

Monday, 13 February 2012

Pizza yg sgt simple dan sedap


Nak makan roti arab tapi tak ada kuah. Yang ada hanya bahan2 simple yang sentiasa ada dalam peti sejuk. Fikir2 dtglah idea nak buat pizza. Maka jadilah pizza roti arab yang rasanye sedap juga mcm yang kat PHD.

Resepinya:
  • Mesti ada roti arab baru jadi pizza roti arab
  • 4 @ 5 batang sosej
  • 4 @ 5 crab sticks
  • Cendawan butang
  • Sedikit hirisan cili bengala
  • Sedikit hirisan isi ayam @ udang @ daging cincang
  • Sedikit sos cili & sos tomato
  • Sedikit serbuk lada hitam jika suka
  • Ceddar Cheese

      *  Kalau nak sedap lagi boleh letak bahan2 lain mengikut citarasa .

Cara membuatnya:
  • Kikiskan sedikit bahagian atas roti arab supaya sos dapat meresap ke dalam roti arab itu.
  • Potongkan bahan 1,2 dan 3. Untuk lebih senang celur sekejap bahan2 ini.
  • Kemudian taburkan semua bahan2 tadi di selang-seli dengan sos dan cheese
  • Seterusnya bakar sekejap saja sehingga cheese cair kerana roti arab itu sudah masak.
      * Senang je kan. Selamat mencuba.