Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller
Showing posts with label Pelbagai. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai. Show all posts

Monday, 11 November 2013

Caramel Popcorn

Assalamualaikum





Resipi :

* resipi ni agak-agak je sebab tak ada kuantiti yang tetap ye. so, kena pandai2 agak.

Popcorn :
- Segenggam jagung kering
- 1 senduk minyak
- 3 @ 4 sudu besar butter / marjerin untuk menggoreng

Cara buat popcorn :
- panaskan minyak dan butter.
- masukkan jagung kering, kacau rata dan segera tutup.
* cari penutup periuk yang agak besar, sy guna penutup periuk kukus je.
*tunggu sebentar dan kita akan dengar bunyi jagung tu meletup POP POP POP. Tu maknanya popcorn tu dah jadi, tunggu sampai tak ada bunyi baru bukak penutup periuk.

Karamel popcorn :
- gula ( agak agak lah. kalau nak manis, lebihkan, kalau taknak, lebih kurang satu senduk je )
- 1 senduk minyak
- 3 @ 4 sudu besar butter/marjerin
*kalau nak lagi sedap dan wangi, buh sesudu besar madu

Cara buat popcorn :
- panaskan butter dan marjerin
- masukkan gula, kacau sampai gula cair, jangan ada gula yang berketul-ketul
- kalau dah cair, tutup api, cepat-cepat tuang ke dalam popcorn tadi dan gaul dengan cepat dan sebati. Gula dia cepat keras.

* Kalau nak kaler-kaler, boleh bubuh masa kacau gula tadi.

Senang dan mudah. Sedap pun sedap. Buat banyak-banyak lepastu duk depan tv, buat wayang sendiri kat rumah. He he. Okay selamat mencuba.

Tuesday, 5 June 2012

Yong Tau Fu *Styleku

Lama sgt kan dah tak update blog ni. Haih byk benda jadi kan. So takda masa nak menaip, nak mengedit gmbr. Maaf lah ye. Skrg kita update resipi Yong Tau Fu pulak. Resipi ni olahan sendiri. Jom tgk resipi.



Bahan-bahan :

3/4 mangkuk cili kering yg telah di blend (boleh kurangkan kalau tak suka pedas)
1/2 mangkuk @ kurang sos tomato
2 sudu besar gula merah
sedikit belacan
1 1/2 cawan air (boleh ditambah @ kurang ikut kepekatan yg disukai)
2 sudu besar kicap
gula dan garam secukup rasa
sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah
bijan
kacang tumbuk

Cara-cara :
masukkan semua bahan2 diatas kecuali tepung jagung,bijan dan kacang tumbuk.
kacau semua bahan hingga sebati dan hancur.
kemudian tapis kedalam periuk.
masakkan hingga mendidih..masukkan tepung jagung utk pekatkan kuah.
rasa masam manisnya...
bolehlah la di hidangkan dan tabur bijan dan kacang tumbuk yg telah digoreng.

Senang je kan? Sedap pun sedap. Takyah beli dah. Hehe. Slmt mencuba :)

Wednesday, 15 February 2012

Bihun Goreng

Menu malam ni bihun goreng pulak. Ala goreng simple je.


Bihun goreng ni senang je nk buat kan. Semua org pun tau buat kan. Sedappp :)

Roti Jala Kari Ayam

Semalam kan dah buat kari ayam, so pagi tadi buat pulak roti jala. Memandangkan kari tu lebih, so buatlah roti jala ni. Dapatlah anak beranak semuanya bwk bekal roti jala dgn kari ayam. Sedappp :)


Ni resipi roti jala :

Bahan- bahan :
1kg tepung gandum
1 biji telur
Sedikit santan ( kalau tknak msukkan pun takpe)
Pewarna kuning 
Sedikit garam

Cara :
Bancuhkan semua sekali bahan2 tdi sehingga sebati. Masukkan air tetapi tidak terlalu byk atau sedikit. Sedang2 lah. Jgn smpai adunan cair sgt. Kalau nak senang blend je semua bahan tadi. Dah siap.
Lepastu tebarlah adunan roti jala tdi ats kuali leper. Sblum tebar tu sapu sedikit mnyak masak supaya adunan tdak melekat.

Senang je kan? Selamat mencuba :)


Sunday, 12 February 2012

Dim Sum


Tekak hari ni terasa nak makan masakan cina. Buka peti sejuk bahan yang ada hanya kulit dim sum. Maka terhasillah dim sum yang berintikan tuna. Ternampak pula sosej & crab stick. Lalu saya gaulkan sekali semuanya. Anak saya kata sedap juga.


Dim sum tuna

Resepi:

1 bungkus kulit dim sum yang boleh dibeli di pasar raya
1 tin tuna
5 batang sosej
5 batang crab stick merah
Garam secukup rasa
*** masukkan inti lain pun boleh. Ikut citarasa masing2

Cara membuatnya

Kisarkan semua bahan di atas hingga hancur
Ambil sedikit dan masukkan ke dalam kulit dim sum tadi. Bunjutkan saja
Kemudian kukus hingga masak.
Kemudian hidangkan

Senang aje.........