Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller

Friday 30 March 2012

Cake Chocolate Kukus

Ni pun resipi dari JM. Cuci mata ye :)



Thursday 29 March 2012

Roti Pintal Sosej

Bila dah takde keje mcm2 resepi yg timbul dlm fikiran ni. Haa ! Bila fikir2 tetiba rasa nak buat roti pulak.


Resipi :

Rujukan resipi : JM

Bahan A :
400gm tepung roti
1sdt baking powder
1sdt bread softener ( optional )
1 biji telur
air suam panas
*jadikan telur + air 180ml
11gm yis ( 1 peket )
4sdb gula

Bahan B :
2sdb marjerin
1sdb shortening

Cara- cara :

1. Satukan bahan cecair + gula - kacau gula hingga hancur
- Msukkan yis, kacau - biarkan berbuih
2. Dlm mangkuk satukan bahan A. Gaul dgn tgn shingga sebati.
3. Tuangkan air yg brcampur yis yg dah berbuih tadi. Uli hingga sebati.
4. Masukkan bahan B- Uli hingga tak melekat di tgn.
5. Jika perlu tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga doh cantik.
-Uli lagi hingga doh licin dan lembut.
6. Teruskan step meroti. Sama ada nak buat bun atau roti sosej pntal atau sebagainya. Perap 40mnit. Setelah 40mnit letak sos atau mayonis atau sebagainya. Bakar 170c- 20mnit @ sehingga masak.

Dah siap. Selamat mencuba :)

Tuesday 27 March 2012

Kek Kukus Buah-Buahan

Hari ahd haritu takde ape nak buat. So fikir2 nak buat kek buah memandangkan semua bahan ada. Jadi, inilah hasilnya. Tpi buah-buahan kring tu tk berapa cukup jadi msuk separuh je.



Ni lepas potong :)


Resipi :

200gm tepung gandum
100gm butter
120gm gula perang
150gm air
500gm buah-buahan kering campuran
3bji telur dipukul sedikit
1 1/2 sdk baking powder
1/2 sdk soda bicarbonate
*kalau suka bolh msukkan walnut

Cara-cara :

1. Masak air, butter dn gula perang ats api kecil hingga mndidih.
2. Masukkan buah-buahan kering, gaul sebati dan tutup api. Sejukkan.
3. Masukkan telur dan gaul rata.
4. Masukkan adunn tepung sdikit demi sdikit bersama baking powder dan soda bicarbonate. Gaul sebati.
5. Masukkan walnut @ badam kalau suka. 
6. Lapik loyang dgn alas kertas dan sapu butter. Kukus selama 90mnit-api besar.
7. Mcm biasa, sebelum kukus panaskan dulu periuk kukus.

Dah siap. Senang je. Sedap pun sedap. Selamat mencuba.


Friday 23 March 2012

Lompang

Kali ni resipi kuih tradisional pulak. Dah lama nk buat sbnarnya. Skrg baru ada masa. Rindu pulak kuih2 zaman dulu2 kan?

Resipi :

1 1/2 cwn tepung beras
1 sudu mkn tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah (gula melaka pun boleh)
2 cwn air

Cara-cara :

1. Satukan gula merah, gula pasir dlm periuk, kemudian masukkan 1 cwn air air.
2. Masak ats api hingaa larut. Sejukkan sebentar.
3. Satukan tepung beras, tepung ubi dan tuang 1 cwn air dan air kapur. Gaul rata.
4. Tapis dn tuang dlm acuan lompang yg telah disapu sedkit minyak.
5. Kukus 10mnit @ hingga masak.

Okay siap. Senang je kan? Selamat mencuba :)

Cheese Cake versi Rainbow

Kali ni update gambar pulak. Ni cheesecake sama mcm Almond Cheese Cake tapi yang kali ni kita colourkan sikit. Resipinya sama je mcm almond cheese cake tu. Cubalah. Resipi senang bila dah jadi pun sedap :)





Apam Polka Dot

Semalam ada cikgu my daughter order apam ni. Selalu jgk order. Rezeki :)



Friday 16 March 2012

Grilled Salmon with White Sos

Lama dah tak update resipi lauk-lauk ni. Haritu anak-anak sibuk nak mkn salmon. Buat-buat sedap pulak makan. Senang je resipinya. Hehe


Resipi :

Bahan-bahan :

Ikan salmon
1 sdb minyak / mentega
secubit garam
secubit ada hitam

Bahan2 White Sos :

2 sdb mentega
1/2 biji bwg besar (dicincang)
1 sdb tepung gandum
1 cwn susu segar
secubit garam
secubit ada hitam

Cara-cara penyediaan :
1. Sediakan sos putih. Panaskan mentega. Goreng bwg hingga layu.
2. Masukkan tepung gandum, kacau rata.
3. Masukkan susu segar, garam dan lada hitam.
4. Kacau dan masak sehingga mendidih. Matikan api dan ketepikan.
5. Ikan diperapa bersama garam dn ada hitam.
6. Grill ikan dgn minyak/mentga sehingga masak.
7. Hidangkan.

SIAP :) Selamat mencuba.

Thursday 15 March 2012

Kek Coklat Kukus

Kek coklat lagi. Hehe. Nak menghabiskan whipe cream dn cream cheese yg telah digunakn separuh hri tu.

Monday 12 March 2012

Kenduri Jiran

Hari Sabtu lepas pergi kenduri. Lambat pulak cite kan. Hehe. Sory ya u olls. Btw makanan kenduri sedap. Pengantin pun sweet je.

Balik balik dpt souvinier ni.


Terima kasih ye wahai family pengantin kerana jemput kami sefamily. Makanan sedap.




Kek Span Strawberry

Kali ni punya resipi pun my daughter yg buat. Sejak2 ada kt rumah ni rajin pulak nk buat kek. Dia kata teringin nk mkn kek span so belek2 dptlah resipi yg simple dan sgt mudah dkt blog Che CT.






Bahan- bahan :

150gm tepung superfine
120gm gula kastor
5 biji telur A *tdi ubah sikit. pkai 4 biji je.
1 sdb ovelet
80ml susu segar *tdi pkai susu cair.
80ml minyak masak / marjerin cair
1sdt pes strawberry
1sdt serbuk penaik
sedikit pewarna pink

Cara-cara :

1. Satukan gula, ovelet, tepung, serbuk penaik dan telr dlm mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dgn klajuan tinggi ( tapi ini terletak kpd kelajuan pengadun masing2 )
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pes strawberry dan sedikit pewarna pink. Pukul lagi dgn kelajuan tinggi slama beberapa mnit @ hingga adunan kek benar2 ringan.
3.Tuangkan minyak/ marjerin cair ke dlm adunan dan gaul dgn senduk sehingga sbati.
4. Sediakan loyang pembakar bulat @ 4segi ukuran 8 inci. Griskan dasar dan lapik krtas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45mnit @hingga masak pada suhu 150-180c.
5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan tlangkupkan ke ats redai kek lebih kurang 5mnit utk elak kek kempis.

Siap. Senang kan? Terima kasih Che CT utk resipi yg mudah ni. Sory sbb ada ubah sikit2. Hee


Senang je kan? Selalu org buat kek span pandan. Kali ni kek span strawberry. Selamat mencuba :)

Friday 9 March 2012

Macaroni Seafood Gratin

Now nak update pasal resipi yg my daughter buat. Sibuk usha cari mknan western. So tgk2 blog Sinar Kehidupan jumpa pulak resipi ni. Senang sgt. Tgk ada brg tk cukup terus pergi kedai beli brg2. Dia ni mmg suka masak yg western2 ni. Senang katanya. Tak leceh.

Jom tgk resipi :

Bahan-bahan :
200gm macaroni
1 cwn udang ( kopek kulit )
1 cwn crab stick ( potong 2-3 )
1 labu bwg besar ( mayang halus )
2 sudu besar mentega
2 cwn mozarella cheese

Cara-cara :

1. Rebus macaron hingga lembut. Toskan.
2. Panaskan mentega, tumis bwg hingga layu.
3. Masukkan udang dan crab stick, gaul rata. Masak sebentar sahaja.
4. Perasakan dgn sedikit garam dan lada hitam. Masukkan macaroni. Gaul sebati.
5. Matikan api, angkat dan ketepikan dulu.

White sauce :
2 sdb mentega
1 cwn susu segar
1 tin mushroom sup
2 cwn air
2 sdb tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam

Cara- cara buat White Sos :
- Panaskan butter, msukkan tpung dan cepat2. Masukkan pula susu, air & mushroom sup. Gaul sebati, msukkan pula garam & lada hitam. Ketepikan.

Cara-cara penyediaan :

1. Sapu loyang dgn mntega & masukkan camuran macaroni tadi.
2. Tabur mozarella cheese di atsnya dan tuang white sos.
3. Bakar selama 30 minit.

Siap :)

Thursday 8 March 2012

Super Fudge Brownies

Kali ni kita kongsi resipi ni pulak :)


Resepi:

Bahan-bahan :
120gm unsalted butter ( 8 sdb )
130gm all purpose flour ( 1 cwn )
1/2 sudu teh baking powder
30gm serbuk koko ( 1/4 cwn )
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu2 kecil2
240gm gula perang ( resepi asal 1 1/4 cwn gula kastor )
3bji telur gred A
3/4 cwn choc chips

Cara-cara :
1. Panaskan oven 180c. Sapukan dgn butter dan alas dgn paper. Lebihkan di tepi supaya senang nak keluarkan nnti.
2. Ayak tepung gandum, srbuk koko, baking powder, garam dan coklat chip. Pindahkan coklat chip ke bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter. Guna double boil. Pastikan tidak masuk air. Matikan api.
4. Masukkan gula dlm adunan coklat dn kacau rata dgn whisk hingga gula larut dan sbati dgn coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan adunn tepung yg diayak tadi sedkit demi sdikit hingga rata. Masukkan choc chip tadi. Kacau rata.
6. Tuang adunan dlm loyang dan ratakan. Taburkan almond @ apa2 yg anda suka.
7. Bakar 50 mnit. Bila masak sejukkan dlm masa 30 mnit sebelum potong.

Untuk Cheese

250gm cream cheese
50 gm gula
1 biji telur

- Pukul semua bahan hingga sebati. Curah ats brownies.
- Lorek, ikut suka sndiri.


Terima kasih kepada blog Dapur CT sbb sharekan resipi yg sedap ni. Kepada yg lain selamat meencuba :)