Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller
Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Thursday, 6 June 2013

Kek Musim Cuti

Assalamualaikum. Baru nak meng update blog lepas bercuti seminggu lebih. Kite cuti kat mana? Cuti kat kampung halaman je. Pergi kenduri kendara. Jumpa sedara mara adik beradik. Lepaskan rindu lah katekan. Hehe. Nak update blog pun tade mood lah. Ni baru mood dtg balik. Hihi

Mnggu cuti ni kite dapat tempahan kek hari jadi and hantaran kahwin. First time buat hantaran kahwin ni, nerves nerves. Hehe. Nasib lah jadi. Alhamdulillah :)

Kek nye red velvet. Resepi ada kat entri bawah ni je. Rajinlah scroll bawah tu ye. Heee

Ni kek hantaran kahwin

Ni kek hari jadi

Okylah nak sambung mengemas. Kemas brg sikit2 esok nak gerak Perak hantar my daughter balik Uitm. Panjang umur kita jumpa lagi di lain entri. Bye...



Sunday, 19 May 2013

Red Velvet Cake

Assalamualaikum

Terima Kasih JOM MASAK untuk resipi Red Velvet Cake yang simple dan sedap ni :)



RESEPI RED VELVET CAKE/KEK BALDU MERAH


Bahan-Bahan : (Loyang 8)

- 2 1/2 cwn gandum...sy guna gandum biasa *
- 2sdb serbuk koko*
- 1sdt baking powder*
- 1sdt soda bikarbonat *...resepi asal x ltk** ayak skali

- 1 1/2cwn ssu segar bancuh ngan 1sdb jus limau nipis @ lemon...biar dlm 7-10min...nk guna nnti...kacau sebati(nk ganti buttermilk)

- 1 1/2cwn gula kastor....
- 150g butter **edit (sblm ni 120g)
- 3biji telur B **edit (sblm ni 2biji)
- 1sdt esen vanila
- 2sdb pewarna merah
- 1sdt baking powder
- 1sdt cuka makan

Cara-Cara :
- mix sebati gula ngan butter bg kembang...masukkan telur satu persatu...mix lagi kembang...masukkan esen vanilla
- masukkan tepung gndum yg dah ayak tu....selang seli ngan ssu segar yg dah cmpur cuka tu....mix lagi sebati...wat selang seli...smpai abis tepung tu
- masukkan pewarna merah...kacau sebati ngan senduk
- satukan baking powder ngan cuka makan....kacau bg berbuih....cepat2 masukkan dlm adunan...gaul sebati ngan senduk je....
- masukkan adunan dlm loyang 8 yg dah di griss...atau dah alas baking paper
- bakar dlm oven yg dah dipanaskan...suhu 170...40min...api atas bawah

cara wat cream....ni cara saya
- 250g cream ciz (biar suhu bilik tp jgn lembik sgt...potong kiub kecik2 sblm mixer)
- 2sdb buttercup
- 2cwn fresh cream ( yg blm di pukul )

cara cara
- mix dulu cream ciz, butter, hingga lembut...masukkan fresh cream (cair)....mix lagi sebati....boleh sapu pada kek cara nk layer kek....kek dh sejuk...potong...sapu cream....

Penambah Rezeki Minggu Lepas

Assalamualaikum.

Minggu yang baru lepas ni agak interesting sbb boleh dikatakan tiap hari oven mesti digunakan. Kwn hubby tempah, kwn anak tempah. Alhamdulillah rezeki Allah SWT. Dalam kita berniaga tu bolehlah improvekan lagi skill yang ada. Cewahh. Haha. Takpe, pelan-pelan nanti makin cantiklah decoration tu. Kita belajar lagi pelan-pelan.


Ni kek sempena Hari Guru haritu. Sponsor lah kat hubby, boleh lah dia celebrate dgn kawan2 guru dia kat sekolah haritu :)


Ni Snow Cheese Cake. Orang tempah nak bawak balik kampung katanya.


Ni Red Velvet. My doter yg buat deco. Dia tak puas hati dgn decoration ni. Nampak sememeh katanya. Tapi takpelah, pelan-pelan ye kita improve skill men deco.


Ni pulak Kek Buah Kukus. My feveret ! Sedapnyaaaa :) Kawan tempah. Hehe


Haa ! Yang ni my doter buat. Red Velvet Cake untuk kawan dia. Nenda bestfriend dia punya ulang tahun. Katanya surprise. Tu yg gigih dia cuba buat deco mcm yg tgk kat fb tu. Jenuh jgk buat sama2 dgn dia. Alhamdulillah walaupun taklah perfect, tapi okylah untuk mula2 kan. Haha. Good Job girl :)


Akhirnya berjaya jugak buat deco roses roses ni :)

Cukuplah itu dulu. Syukur sekali lagi di atas rezeki ini. Alhamdulillah :) Moga hari anda terus bahagia dan ceria. InsyaAllah amin :)



Monday, 13 May 2013

Tempahan Birthday Cake

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bersua lagi kita. Post kali ni cuma nak buh gambar ja. Kawan my hubby ada order cake untuk birthday her daughter. Nama pun cheese cake, haruslah penuh dgn cheese parut. Jadi decorationnya tak boleh lah over-over. Ini ja yang mampu. Tapi takpe, asal hati puas, orang yg order pun senang hati. Alhamdulillah :)







Monday, 22 April 2013

Kek buah kukus

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita bersua lagi di entri resipi kali ini. Kali ni saya letak resipi fresh punya. Bukan dari draft. Haha. Kali ni kita kongsi resipi kek pulak. Haa, kek lagi. Kali ni kek buah lah pulak. Dah lama tak buat. Rasa bosan-bosan, tengok-tengok ada buah-buahan kering tu, lepastu bahan pun semua ada. So apa lagi, mari lah kita buat kek buah yang simple tapi sedap.



Resipi ni sebenarnya ambik kat FB. Tapi dah lupa ambik kat sapa. Maaf lah ye. Apa pun resipi anda memang menjadi. Terima kasih ye pada tuan empunya resipi. Okay, jom kita tengok resipinya.

Bahan-bahan :

225gm butter ( sebaiknya butter jenama SCS kerana kek lebih moist )
340gm gula pasir
50gm air panas
500gm mix fruit
1 sdk cream of tartar
2sdk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1sdk serbuk buah pala
1sdk esen vanila
3 biji telur

Cara-caranya :

1. Masak gila sampai perang
   - Masukkan air panas, kacau sebati.
2. Masukkan butter-biar cair.
   - Masukkan mix fruit-biar didih dan sejukkan.
3. Masukkan tepung yang diayak bersama cream of tartar + soda + serbuk buah pala - kacau rata dengan senduk.
4. Pukul telur + esen vanila sebentar ( guna garfu sahaja )
5. Masuk dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati.
6. Masuk dalam loyang 8x8. Tutup dengan aluminium foil.
7. Kukus selama 4 jam ( 2jam pertama api sederhana dan 2 jam terakhir perlahankan api )
*Pastikan air kukusan cukup dan bila air hampir habis, tambahkan lagi.
8. Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais selama  2 jam untuk memoistkan kek.

Okay, itu sahaja. Senang kan? Lagi sekali, terima kasih kepada tuan punya resipi :)


Friday, 12 October 2012

Snow Cheese Cake with Almond Flakes

Assalamualaikum semua. Kali ni nak share resipi kek pulak. 




Resipi :

Bahan Kek :

6 bii telur ( 2biji dibuang putihnya)
100gm gula halus
100gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
50 gm air sejuk
1 sdt baking powder
2sdb ovelet
75gm minyak

Bahan Cream :

1 kotak cream cheese (250gm)
3/4 cawan susu pekat
*satukan bahan di atas, pukul hingga sebati supaya tidak berketul

Toping :
Cheddar Cheese- diparut
Kepingan badam- dibakar terlebih dahulu
*boleh tambah topping lain ikut kesukaan masing2

Cara-cara buat kek :

1. Pukul semua bahan hingga gebu kecuali minyak. Pukul sebati.
2. Setelah sebati, baru masukkan minyak. Pukul lagi semua bahan sehingga sebati.
3. Sebelum masuk adunan ke dalam loyang, pastikan loyang di atas dgn kertas pembakar dan disapu marjerin.
4. Kemudian, bakar kek selama 1 jam @ sehingga masak - 150c.
5. Setelah masak, biarkan sejuk sebelum Cream Cheese di letakkan di atas dan tengah kek.
6. Parut Cheddar Cheese dan toping yang lain.
7. Simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 2 jam. Lepastu, bolehlah potong dan makan. Sedap !

Selamat mencuba :)

Thursday, 28 June 2012

Rainbow Cake











Resipi :

250gm butter
1 1/2 cwn gula castor
5biji telur gred A
3cwn tepung gandum
4sdk baking powder
1 1/2 cwn susu segar @ susu cair
2sdk esen vanila
*pewarna

Cara-cara :
1. Gris acuan bulatan *loyang saiz 7, panskan ketuhar 180c.
2. Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
5. Bahagikan kpd 6adunan. Warnakan mengikt pewarna disukai.
6. Bakar pada saiz loyang yg sama utk setiap adunan.
7. Bakar selama 10 minit @ sehingga masak.

-Filling :
500gm creamcheese
100gm butter
85gm gula icing
2sdb sunquick

Cara-cara :
Pukul creamcheese hingga berkrim. Masukkan butter dan pukul hingga putih. Masukkan gula dan sunquick, pukul hingga sebati. Okay dah siap.










Saturday, 19 May 2012

Red Velvet Cake






Resipinya
250gm butter
250gm gula perang atau gula biasa
250gm tepung naik sendiri
15 gm serbuk koko
1 sdb golden syrup
200 gm buttermilk
4 biji telur
1/2 sdt soda bcarbonat
1 sdt esen vanila
1 sdt cuka makan
pewarna merah secukupnya

cara-cara
1. ayak tepung dan serbuk koko.ketepikan
2. pukul butter dan gula hingga sebati.masukkan telur satu persatu hgga kembang.masukkan esen vanila.
3. masukkan tepung yg diayak bersama serbuk koko sedkit demi sedkit.
4. masukkan buttermilk dan perwarna.
5.masukkan pula golden syrup dan kacau sebati.
6. satukan cuka makan dan soda bcarbonat.biarkan berbuih seketika.
7. kemudian cepat masukkan ke dalam adunan kek.kacau rata dan sebatikan.
8. bakar selama 45 minit--180 c atau bergantung pada oven masing2.

* saya tak guna buttermilk tapi saya gantikan dgn
    1 cawan susu segar yg di bancuh dgn 1 sudu besar cuka makan.
     biarkan dlm 7-10 minit.bila nak guna kacau sebati.

untuk topingnya
300 gm cream cheese
100 gm butter
3 sdb susu segar
1 cawan gula halus

1.pukul cream cheese hgga lembut
2.masukan butter...pukul hgga sebati
3.masukan gula
4.akhr sekali masukan susu segar dan pukul lg hgga gebu.

Selamat mencuba :)

Friday, 4 May 2012

Oreo Cheese Cake Part 2

Kali ni punya entry kita bagi cuci mata pulak. Hehe. Meh lah tgk gmbr2 Oreo Cheese Cake ni. Dulu dh pernah buat entry Oreo Cheese Cake ni. Sbbtu tajuk kali ni Oreo Cheese Cake part 2. Hehe. Oreo Cheese Cake Part 1 versi sememeh sikit. Ni dah upgrade lah.

Dulu punya mcm sememeh sikit. Biasalah first time kan. Now dah better lah rasanya. Okylah. Selamat bercuci mata :)






Meh tgk resipi pulak.

Bahan Dasar :
200gm @ 300 gm oreo (dibuang krimnya)
75gm mentega dicairkan

Bahan Filling :
500gm cream cheese (philapedia cheese)
110gm gula castard
1/2 suduteh esen vanila
2 bjij telur
1suduteh lemon jus
150ml @ 200ml whipping cream
15 @ 20 keping oreo ( dipatah-patahkan, dibuang creamnya)

Cara-cara :
Dasar kek
- Kisar biskut oreo dan gaul dgn mentega cair Tekan padat ke dlm loyang.
- Bakar dlm 15mnit (160c).
- Selepas itu ketepikan.

Filling
- Pukul cream cheese dgn gula hnnga sebati. Msukkan telur sebiji demi sebiji.
- Diikuti dgn whipping cream dgn jus lemon. Putr hngga sebati.
- Masukkan oreo yg dipatahkan-patahkan ke dalamnya dn gaul rata.
- Tuang ke dlm loyang yg diratakan biskut oreo tdi.
- Bakar pada suhu 150c secara water bath selama 45-50mnit.
- Setelah masak tutup suiz oven dan renggangkan pintu oven.
- Biar sejuk di dlmnya selama 1jam.
- Longggarkan tepi kek dgn pisau tajam sekeliling loyang. Biarkan sejuk dan tutup dgn plastik wrap dn smpan dlm peti sejuk selama 4jam @ semalaman. 
Sedap dimakan sejuk2.
* Untuk memudahkan kita keluarkan kek tu drpd loyang, alas dulu loyang tu dgn aluminium foil sblum msukkan adunan dasar kek.




Thursday, 3 May 2012

Eggless Self-saucing Chocolate Pudding

Kali ni punya pun my daughter jgklah yg buat. Seronok sgt nak buat kan. So biarlah dia buat. Asalkan tak comot dapur sudah. Hehe



Ni pun sebenarnya terjah blog pemenang MasterChef Malaysia. Ezani Monoto. Sedap. Cubalah. Senang je.

Resipi :

Bahan-bahan kek :
2cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula kastor
2sdb serbuk koko
1 1/2 sdb baking powder
1/2 sdt garam
1 cwn susu 
1/2 cwn marjerin @ butter dicairkan

Bahan-bahan sos :
2 cwn gula perang
6sdb serbuk koko + 2sdb serbuk kopi
3 1/4 cwn air mendidih 

Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar 180c.
2. Untuk adunan kek, cmpur tepung, gula kastor, serbuk koko, baking powder dan garam bersama. Tmbh susu dan mentega cair kpd bahan2 kering. Gaul hingga sebati. Tuang ke dlm loyang 9 inci.
3. Untuk sos, campurkan gula perang, serbuk koko, serbuk kopi dan air mendidih sehingga gula, serbuk koko dan kopi larut. Tuang ke ats adunan kek. Bakar 180c selama 45mnit @ sehingga kek masak.
4. Hidangkan dgn serbuk koko @ mili dan krim putar.

Sedapnyaa. Cubalah :)

Friday, 30 March 2012

Cake Chocolate Kukus

Ni pun resipi dari JM. Cuci mata ye :)



Tuesday, 27 March 2012

Kek Kukus Buah-Buahan

Hari ahd haritu takde ape nak buat. So fikir2 nak buat kek buah memandangkan semua bahan ada. Jadi, inilah hasilnya. Tpi buah-buahan kring tu tk berapa cukup jadi msuk separuh je.



Ni lepas potong :)


Resipi :

200gm tepung gandum
100gm butter
120gm gula perang
150gm air
500gm buah-buahan kering campuran
3bji telur dipukul sedikit
1 1/2 sdk baking powder
1/2 sdk soda bicarbonate
*kalau suka bolh msukkan walnut

Cara-cara :

1. Masak air, butter dn gula perang ats api kecil hingga mndidih.
2. Masukkan buah-buahan kering, gaul sebati dan tutup api. Sejukkan.
3. Masukkan telur dan gaul rata.
4. Masukkan adunn tepung sdikit demi sdikit bersama baking powder dan soda bicarbonate. Gaul sebati.
5. Masukkan walnut @ badam kalau suka. 
6. Lapik loyang dgn alas kertas dan sapu butter. Kukus selama 90mnit-api besar.
7. Mcm biasa, sebelum kukus panaskan dulu periuk kukus.

Dah siap. Senang je. Sedap pun sedap. Selamat mencuba.


Friday, 23 March 2012

Cheese Cake versi Rainbow

Kali ni update gambar pulak. Ni cheesecake sama mcm Almond Cheese Cake tapi yang kali ni kita colourkan sikit. Resipinya sama je mcm almond cheese cake tu. Cubalah. Resipi senang bila dah jadi pun sedap :)





Thursday, 15 March 2012

Kek Coklat Kukus

Kek coklat lagi. Hehe. Nak menghabiskan whipe cream dn cream cheese yg telah digunakn separuh hri tu.

Monday, 12 March 2012

Kek Span Strawberry

Kali ni punya resipi pun my daughter yg buat. Sejak2 ada kt rumah ni rajin pulak nk buat kek. Dia kata teringin nk mkn kek span so belek2 dptlah resipi yg simple dan sgt mudah dkt blog Che CT.






Bahan- bahan :

150gm tepung superfine
120gm gula kastor
5 biji telur A *tdi ubah sikit. pkai 4 biji je.
1 sdb ovelet
80ml susu segar *tdi pkai susu cair.
80ml minyak masak / marjerin cair
1sdt pes strawberry
1sdt serbuk penaik
sedikit pewarna pink

Cara-cara :

1. Satukan gula, ovelet, tepung, serbuk penaik dan telr dlm mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dgn klajuan tinggi ( tapi ini terletak kpd kelajuan pengadun masing2 )
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pes strawberry dan sedikit pewarna pink. Pukul lagi dgn kelajuan tinggi slama beberapa mnit @ hingga adunan kek benar2 ringan.
3.Tuangkan minyak/ marjerin cair ke dlm adunan dan gaul dgn senduk sehingga sbati.
4. Sediakan loyang pembakar bulat @ 4segi ukuran 8 inci. Griskan dasar dan lapik krtas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45mnit @hingga masak pada suhu 150-180c.
5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan tlangkupkan ke ats redai kek lebih kurang 5mnit utk elak kek kempis.

Siap. Senang kan? Terima kasih Che CT utk resipi yg mudah ni. Sory sbb ada ubah sikit2. Hee


Senang je kan? Selalu org buat kek span pandan. Kali ni kek span strawberry. Selamat mencuba :)

Thursday, 8 March 2012

Super Fudge Brownies

Kali ni kita kongsi resipi ni pulak :)


Resepi:

Bahan-bahan :
120gm unsalted butter ( 8 sdb )
130gm all purpose flour ( 1 cwn )
1/2 sudu teh baking powder
30gm serbuk koko ( 1/4 cwn )
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu2 kecil2
240gm gula perang ( resepi asal 1 1/4 cwn gula kastor )
3bji telur gred A
3/4 cwn choc chips

Cara-cara :
1. Panaskan oven 180c. Sapukan dgn butter dan alas dgn paper. Lebihkan di tepi supaya senang nak keluarkan nnti.
2. Ayak tepung gandum, srbuk koko, baking powder, garam dan coklat chip. Pindahkan coklat chip ke bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter. Guna double boil. Pastikan tidak masuk air. Matikan api.
4. Masukkan gula dlm adunan coklat dn kacau rata dgn whisk hingga gula larut dan sbati dgn coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan adunn tepung yg diayak tadi sedkit demi sdikit hingga rata. Masukkan choc chip tadi. Kacau rata.
6. Tuang adunan dlm loyang dan ratakan. Taburkan almond @ apa2 yg anda suka.
7. Bakar 50 mnit. Bila masak sejukkan dlm masa 30 mnit sebelum potong.

Untuk Cheese

250gm cream cheese
50 gm gula
1 biji telur

- Pukul semua bahan hingga sebati. Curah ats brownies.
- Lorek, ikut suka sndiri.


Terima kasih kepada blog Dapur CT sbb sharekan resipi yg sedap ni. Kepada yg lain selamat meencuba :)





Wednesday, 29 February 2012

Cake Chocolate Kukus

Hari ni tade byk sgt keje nak buat. Lepastu rajin pulak nak buat kek. Hehe. Teringat pulak resipi kek coklat kukus dari JM. Bila buat je, smpai pulak ilham nak ubah suai resipi sikit. Hehe. Jangan marah ye. Kita gabungkan gabungan kek coklat dgn kek coklat indulgence. Hehe.

Meh jamu mata sat eh :)


Ni ada lagi gmbr. Yum Yum !


Ni lagi. Hehe. Menyelerakan kan kan kan?


Terima Kasih ye JM utk resipi yg superb ni. Hehe :)






Monday, 20 February 2012

Cake Marble

Meh nak update lagi. Kali ni resipi zaman mak mak kita dulu. Kek yg paling senang dan paling sedaplah kalau time dulu. Dulu2 kan tade kek glamour2 mcm skrg. Dulu mana ada cheese kek. oreo cheese kek tu semua. Dulu ada kek ni je. Tapi sedap. Ni request dri my son. Dia nk blik asrama kan. Teringin pulak nk makn kek ni katanya. So dgn senang hatinya, buatlah kek ni utk dia.



Ats kek ni nmpk mcm tak berapa best. Kedut2 sikit. Biasalah, dah lama tk buat kan. Hehe. Jom tgk bila dah potong pulak.


Alhamdulillah lah menjadi jgk :)

Jom tengok resipi pulak. Snang sgt2 :o

Bahan-bahan :

1 cwn butter @ marjerin 
1 cwn gula halus
2 cwn tepung naik sendiri + 1/2 suduteh baking powder
4 biji telur
sedikit esen vanila
pewarna ( ikut suka masing2 ye )

Cara-caranya :
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan esen vanila. Pukul sebati.
4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
5. Lepastu asingkan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan 3 bahagian tu kepada warna yg anda suka.
6. Masukkan ke dlm loyang. Panaskan oven dulu dlm 10 minit. Bakar pada suhu 160c selama 45 minit.

Siap ! Senang kan? Selamat mencuba :)