Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller

Friday, 8 November 2013

Roti Puri

Assalamualaikum.

Wahh lama dah tak update entri baru ni. Tu lah, ada masalah dgn blog ni haa, sekarang baru okay. Baru boleh bukak blog balik.

Baru-baru ni kan Hari Deepavali, mood-mood Deepavali pulak. Hehe, kita buat Roti Puri lah pulak.


Resipinya :

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt yis
1/2 sdt garam
3 sdb minyk masak
2 sdb gula
175 ml air suam
Minyak untuk menggoreng

Caranya :

1. Tepung gandum dan yis digaul dalam mangkuk.
2. Minyak masak + gula + garam disatukan dalam 175 ml air suam. Kacau sebati.
3. Bahan2 yg sudah disatukan tadi, masuk pula dalam mangkuk lain untuk diuli bersama tepung. Masuk tepung sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh dan tak melekat di jari.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan buat bulatkan. Perapkan selama 1/2 jam @ lebih.
5. Kemudia, leperkan doh yg telah dibulatkan tadi dan sedia untuk goreng.





No comments :

Post a Comment