Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller

Monday 11 November 2013

Caramel Popcorn

Assalamualaikum





Resipi :

* resipi ni agak-agak je sebab tak ada kuantiti yang tetap ye. so, kena pandai2 agak.

Popcorn :
- Segenggam jagung kering
- 1 senduk minyak
- 3 @ 4 sudu besar butter / marjerin untuk menggoreng

Cara buat popcorn :
- panaskan minyak dan butter.
- masukkan jagung kering, kacau rata dan segera tutup.
* cari penutup periuk yang agak besar, sy guna penutup periuk kukus je.
*tunggu sebentar dan kita akan dengar bunyi jagung tu meletup POP POP POP. Tu maknanya popcorn tu dah jadi, tunggu sampai tak ada bunyi baru bukak penutup periuk.

Karamel popcorn :
- gula ( agak agak lah. kalau nak manis, lebihkan, kalau taknak, lebih kurang satu senduk je )
- 1 senduk minyak
- 3 @ 4 sudu besar butter/marjerin
*kalau nak lagi sedap dan wangi, buh sesudu besar madu

Cara buat popcorn :
- panaskan butter dan marjerin
- masukkan gula, kacau sampai gula cair, jangan ada gula yang berketul-ketul
- kalau dah cair, tutup api, cepat-cepat tuang ke dalam popcorn tadi dan gaul dengan cepat dan sebati. Gula dia cepat keras.

* Kalau nak kaler-kaler, boleh bubuh masa kacau gula tadi.

Senang dan mudah. Sedap pun sedap. Buat banyak-banyak lepastu duk depan tv, buat wayang sendiri kat rumah. He he. Okay selamat mencuba.

ROTI GEBU

Assalamualaikum



Resipi :

Bahan-bahan :

400 gm bread flour 
100 gm tepung gandum
100 gm gula halus (3 @ 4 sudu besar )
1sdt garam
1sdt bread softener
1sdt bread improver
1 biji telur dipkul dgn garfu
1 peket yis
2sdb butter/majerin
1 sdb shortening
2sdb susu pekat
1 biji kentang direbus dan kemudian dilenyek hingga hancur ( jgn ada yg berketul2)
Beberapa batang direbus 

Cara-cara :
1. Masukkan yis dan gula kedalam 230ml air suam. Biarkan sebentar hingga berbuih.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali telur. Gaul sebati.
3. Kemudian, masukkan telur kedalam mangkuk yg berisi yis dan gula tadi., lepastu kacau hingga sebati.
4. Masukkan bahan yis ini kedalam bekas doh tepung tadi sedikt demi sedikit. Uli hingga sebati dan tidak melekt di jari. Kalau rasa doh tu mcm lembik lagi, tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli dalam masa yg agak lama untuk mendapat tekstur roti yang lembut.
5. Kemudian perap roti sehingga naik lebih kurang 1/2 jam.
6. Lepastu bolehlah untuk bentukkan roti ikut kreativi masing masing.
7. Bakar lebih kurang 10-15minit, 150c ikut darjah kepanasan oven masing-masing.

*Rajin-rajinlah tengok oven masa sedang membakar, takut roti hangit pulak nanti.

Selamat mencuba :)


Friday 8 November 2013

Roti Puri

Assalamualaikum.

Wahh lama dah tak update entri baru ni. Tu lah, ada masalah dgn blog ni haa, sekarang baru okay. Baru boleh bukak blog balik.

Baru-baru ni kan Hari Deepavali, mood-mood Deepavali pulak. Hehe, kita buat Roti Puri lah pulak.


Resipinya :

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt yis
1/2 sdt garam
3 sdb minyk masak
2 sdb gula
175 ml air suam
Minyak untuk menggoreng

Caranya :

1. Tepung gandum dan yis digaul dalam mangkuk.
2. Minyak masak + gula + garam disatukan dalam 175 ml air suam. Kacau sebati.
3. Bahan2 yg sudah disatukan tadi, masuk pula dalam mangkuk lain untuk diuli bersama tepung. Masuk tepung sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh dan tak melekat di jari.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan buat bulatkan. Perapkan selama 1/2 jam @ lebih.
5. Kemudia, leperkan doh yg telah dibulatkan tadi dan sedia untuk goreng.





Thursday 6 June 2013

Kek Musim Cuti

Assalamualaikum. Baru nak meng update blog lepas bercuti seminggu lebih. Kite cuti kat mana? Cuti kat kampung halaman je. Pergi kenduri kendara. Jumpa sedara mara adik beradik. Lepaskan rindu lah katekan. Hehe. Nak update blog pun tade mood lah. Ni baru mood dtg balik. Hihi

Mnggu cuti ni kite dapat tempahan kek hari jadi and hantaran kahwin. First time buat hantaran kahwin ni, nerves nerves. Hehe. Nasib lah jadi. Alhamdulillah :)

Kek nye red velvet. Resepi ada kat entri bawah ni je. Rajinlah scroll bawah tu ye. Heee

Ni kek hantaran kahwin

Ni kek hari jadi

Okylah nak sambung mengemas. Kemas brg sikit2 esok nak gerak Perak hantar my daughter balik Uitm. Panjang umur kita jumpa lagi di lain entri. Bye...



Sunday 19 May 2013

Red Velvet Cake

Assalamualaikum

Terima Kasih JOM MASAK untuk resipi Red Velvet Cake yang simple dan sedap ni :)



RESEPI RED VELVET CAKE/KEK BALDU MERAH


Bahan-Bahan : (Loyang 8)

- 2 1/2 cwn gandum...sy guna gandum biasa *
- 2sdb serbuk koko*
- 1sdt baking powder*
- 1sdt soda bikarbonat *...resepi asal x ltk** ayak skali

- 1 1/2cwn ssu segar bancuh ngan 1sdb jus limau nipis @ lemon...biar dlm 7-10min...nk guna nnti...kacau sebati(nk ganti buttermilk)

- 1 1/2cwn gula kastor....
- 150g butter **edit (sblm ni 120g)
- 3biji telur B **edit (sblm ni 2biji)
- 1sdt esen vanila
- 2sdb pewarna merah
- 1sdt baking powder
- 1sdt cuka makan

Cara-Cara :
- mix sebati gula ngan butter bg kembang...masukkan telur satu persatu...mix lagi kembang...masukkan esen vanilla
- masukkan tepung gndum yg dah ayak tu....selang seli ngan ssu segar yg dah cmpur cuka tu....mix lagi sebati...wat selang seli...smpai abis tepung tu
- masukkan pewarna merah...kacau sebati ngan senduk
- satukan baking powder ngan cuka makan....kacau bg berbuih....cepat2 masukkan dlm adunan...gaul sebati ngan senduk je....
- masukkan adunan dlm loyang 8 yg dah di griss...atau dah alas baking paper
- bakar dlm oven yg dah dipanaskan...suhu 170...40min...api atas bawah

cara wat cream....ni cara saya
- 250g cream ciz (biar suhu bilik tp jgn lembik sgt...potong kiub kecik2 sblm mixer)
- 2sdb buttercup
- 2cwn fresh cream ( yg blm di pukul )

cara cara
- mix dulu cream ciz, butter, hingga lembut...masukkan fresh cream (cair)....mix lagi sebati....boleh sapu pada kek cara nk layer kek....kek dh sejuk...potong...sapu cream....

Penambah Rezeki Minggu Lepas

Assalamualaikum.

Minggu yang baru lepas ni agak interesting sbb boleh dikatakan tiap hari oven mesti digunakan. Kwn hubby tempah, kwn anak tempah. Alhamdulillah rezeki Allah SWT. Dalam kita berniaga tu bolehlah improvekan lagi skill yang ada. Cewahh. Haha. Takpe, pelan-pelan nanti makin cantiklah decoration tu. Kita belajar lagi pelan-pelan.


Ni kek sempena Hari Guru haritu. Sponsor lah kat hubby, boleh lah dia celebrate dgn kawan2 guru dia kat sekolah haritu :)


Ni Snow Cheese Cake. Orang tempah nak bawak balik kampung katanya.


Ni Red Velvet. My doter yg buat deco. Dia tak puas hati dgn decoration ni. Nampak sememeh katanya. Tapi takpelah, pelan-pelan ye kita improve skill men deco.


Ni pulak Kek Buah Kukus. My feveret ! Sedapnyaaaa :) Kawan tempah. Hehe


Haa ! Yang ni my doter buat. Red Velvet Cake untuk kawan dia. Nenda bestfriend dia punya ulang tahun. Katanya surprise. Tu yg gigih dia cuba buat deco mcm yg tgk kat fb tu. Jenuh jgk buat sama2 dgn dia. Alhamdulillah walaupun taklah perfect, tapi okylah untuk mula2 kan. Haha. Good Job girl :)


Akhirnya berjaya jugak buat deco roses roses ni :)

Cukuplah itu dulu. Syukur sekali lagi di atas rezeki ini. Alhamdulillah :) Moga hari anda terus bahagia dan ceria. InsyaAllah amin :)



Muffin Coklat Chip



Assalamualaikum. 

Minggu lepas, my doter baked muffin. Abah dia bawak gi sek. Saja jamu kawan2 cikgu kat sek tu. Sy Suggest lah resipi dari kwn fb ni, NORASLINDA BUGAL. Cantik muffin dia. tengok resipi pun mudah dan simple. Ni ler hasilnya. Jadilah jugak, tapi taklah segebu dan secantik tuan empunya resipi. Alah, org mkn habis tu kira menjadi ler tu. Terima Kasih daun keladi ye Puan Noraslinda Bugal untuk resipi :)




MUFFIN COKLAT CHIP

BAHAN-BAHAN
BAHAN A/BAHAN KERING
250 gram tepung gandum*
2 sudu besar serbuk koko*
2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
Satukan bahan bertanda * dan ayak
175 gram gula kastor

BAHAN B/BAHAN BASAH
250 ml susu segar/susu cair
90 ml minyak masak
1 biji telur Gred A
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C
150 gram coklat chip

CARA MEMBUATNYA
Gaul semua BAHAN A dalam satu mangkuk
Gaul semua BAHAN B dalam mangkuk lain dan masukkan campuran BAHAN A tadi,gaul rata,masukkan BAHAN C dan gaul lagi hingga sebati
Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan muffin/paper cup,tabur coklat chip lagi jika suka
Bakar selama 20 minit suhu 180'c api atas bawah(bergantung kepada kapasiti oven masing2)
Dapat lebih kurang 20 biji atau lebih bergantung kepada size paper cup

*Kami pakai paper cup yg medium. So dpt byk jgk lah. Dalam 30 biji mcmtu :)


Monday 13 May 2013

Tempahan Birthday Cake

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bersua lagi kita. Post kali ni cuma nak buh gambar ja. Kawan my hubby ada order cake untuk birthday her daughter. Nama pun cheese cake, haruslah penuh dgn cheese parut. Jadi decorationnya tak boleh lah over-over. Ini ja yang mampu. Tapi takpe, asal hati puas, orang yg order pun senang hati. Alhamdulillah :)







Monday 29 April 2013

Roti Sardin


Assalamualaikum.




Roti lagi. Yeay. Kali ni punya roti saya ambil dari JOM MASAK. Thank u JM utk resipi roti ni. Alhamdulillah menjadi. Geram rasanya tgk bentuk cendawan ni. Ni pun idea dari JM ni. Hehe 

Bahan-Bahan :

500gm tpg gndum..
11 gm yis kering (mauripan)-larutkan dlm stgh cwn air
1/2 cawan gula halus-larutkan dalam stgh cawan air
1 sudu besar shortening
1 biji kentang sederhana-direbus dan dilenyek
1 biji telur..
3 sudu besar marjerin..
air SEJUK secukupnya....

cara2
-masukkan tpg dlm mgkk gaul bersama marjerin,shortening..telur
-gaul rata..masukkan mauripan,kntang dan gula..uli sebati sambil
tuang sedikit air uli terus menjadi doh yg agak lembut..
-biarkan sekali ganda naik..dalam 1/2 jam..
-uli bulat2( letakkan inti sardin) susun dlm loyang yg telah disapu marjerin.
-sapu marjerin atas permukaan roti..
-tunggu naik lagi sekali ganda..masa ni tak lama dlm 15 minit dh naik semula.
-bakar dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu...gunakan api atas bawah dan bakar selama 30minit pada suhu 180*c..

inti sardin
-1 tin sardin tumis seperti biasa,ambil ikan sahaja,boleh campur tuna yg dalam tin.
-nak pedas tambah cili semasa menumis..
-boleh gntikan inti ayam,daging,serunding,ikanbilis dsb...
resepi roti kentang..

Selamat mencuba :)

Friday 26 April 2013

Apam Polka Dot versi Strawberry

Assalamualaikum. Hai, Alhamdulillah bersua lagi. Kali ni punya resipi memang semua orang dah lama buat kan. Saya pun dah lama buat tapi tak pernah lgi try buat corak strawberry ni. Takut tak jadi. Buat dot dot biasa je. Semalam my hubby kata ada tempahan, so try lah buat. Try2 jadi pulak. Alhamdulillah. Lepasni nak try buat corak lebah pulak lah. Hee

Mari , Mari, Strawberry untuk dijual. Feeling feeling dekat Cameron sikit. He He






Bahan-bahan :

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu cair
3sdt baking powder
1sdk ovelet
pewarna
filling - blueberry, strawberry, oren dll

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan apam dalam mangkuk mixer, pukul hingga kembang.
2. Bahagikan beberapa adunan mengikut warna pilihan.
3. Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag.
4. Picitkan adunan separuh dalam paper cup, letak filling dan tutup balik lagi separuh dgn adunan.
5. Kemudian kukuskan selama 5-8 minit @ sehingga masak.

Monday 22 April 2013

Kek buah kukus

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita bersua lagi di entri resipi kali ini. Kali ni saya letak resipi fresh punya. Bukan dari draft. Haha. Kali ni kita kongsi resipi kek pulak. Haa, kek lagi. Kali ni kek buah lah pulak. Dah lama tak buat. Rasa bosan-bosan, tengok-tengok ada buah-buahan kering tu, lepastu bahan pun semua ada. So apa lagi, mari lah kita buat kek buah yang simple tapi sedap.



Resipi ni sebenarnya ambik kat FB. Tapi dah lupa ambik kat sapa. Maaf lah ye. Apa pun resipi anda memang menjadi. Terima kasih ye pada tuan empunya resipi. Okay, jom kita tengok resipinya.

Bahan-bahan :

225gm butter ( sebaiknya butter jenama SCS kerana kek lebih moist )
340gm gula pasir
50gm air panas
500gm mix fruit
1 sdk cream of tartar
2sdk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1sdk serbuk buah pala
1sdk esen vanila
3 biji telur

Cara-caranya :

1. Masak gila sampai perang
   - Masukkan air panas, kacau sebati.
2. Masukkan butter-biar cair.
   - Masukkan mix fruit-biar didih dan sejukkan.
3. Masukkan tepung yang diayak bersama cream of tartar + soda + serbuk buah pala - kacau rata dengan senduk.
4. Pukul telur + esen vanila sebentar ( guna garfu sahaja )
5. Masuk dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati.
6. Masuk dalam loyang 8x8. Tutup dengan aluminium foil.
7. Kukus selama 4 jam ( 2jam pertama api sederhana dan 2 jam terakhir perlahankan api )
*Pastikan air kukusan cukup dan bila air hampir habis, tambahkan lagi.
8. Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais selama  2 jam untuk memoistkan kek.

Okay, itu sahaja. Senang kan? Lagi sekali, terima kasih kepada tuan punya resipi :)


Saturday 20 April 2013

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum.

My daughter baru je dalam seminggu start sem break dia. Sejak dia masuk Uitm kat Perak tu, jaranglah dia balik KL. Kadang-kadang kalau ada cuti pun tak boleh balik sbb kerja studio landscape dia tu tak habis-habis. Kalau dia balik pun, kejap sangat. Tak dapat nak spend some time untuk keluar makan sama-sama. So bila dia dah start cuti ni, bolehlah kita one family keluar makan sama-sama.

Jadi, lokasi yang kami pergi malam tadi ialah Burger Bakar Abg Burn. Kami pergi jajahan abg burn ni dekat Ampang. Dekat sikit. Banyak lagi jajahan abg burn ni sebenarnya. Dari dulu lagi dah dgr cita pasal burger bakar abg burn ni. Masuk tv, masuk paper. Baru-baru ni ramai pulak blogger update dorang punya blog pasal abg burn ni. Saya pun nak jugaklah. Hehe

Kami sampai sana dalam pkul 8.30 sbb lepas maghrib terus keluar. Takut ramai pulak orang nnti. Tapi bila kami sampai tu org tak ramai lagi. Tak penat sgtlah nak beratur order makanan. Bila sampai je, tengok menu dah mula rambang mata. Haha. Saya dgn my daughter order meatball cheezy wedges abg burn. Yg lainorder burger. Servis tak lah lambat sgt. Just nice lah. Cara crew abg burn ni bekerja pun sgt bersih. Buat kerja teratur, pakai sarung tangan. Kiranya kebersihan terjamin lah. 

Mula-mula burger sampai dulu. Kami semua ambik burger biasa je. Takdelah bertingkat. Haha. Lepastu baru meatball sampai. Yummy !



Memang sedap ! Tak rugi lah datang. Harga pun sangat berbaloi. Meatball dia memang pure daging. Kuah dia pun sedap. Burger dia pun sama. Senang cita, semua sedaplah. Berbaloi. Pergilah cuba Burger Bakar Abg Burn. Tapi nasihat saya, kalau nak pergi, jgn pergi atas pukul 9.30. Time tu org dah berpusu datang, tempat pun susah cari, beratur pun berganda panjang. 

Ni website dan fb Burger Bakar Abg Burn ni. Bolehlah terjah. 
Website : Abg Burn

Putu Seri Ayu


Assalamualaikum. Lamanya saya tak letak resipi dalam blog ni. Bukan tak ada masa, dah tulis tapi las-last terpaksa simpan dalam draft. Internet lambat lah, blog ada problems sikitlah. Hm ni, dah ada masa lapang sikit, internet pun dah okay, so saya akan mula update blog macam biasa. Hehe. Banyak jugaklah resipi yang diperam dalam draft tu tapi, slow-slow lah ye kita post. 

Nah, kali ni kita tengok resipi kuih ni pulak. Kuih ni antara yang popular lah orang tempah dekat saya. Hee. Bolehlah sikit-sikit buat belanja kan. Dari dulu lagi. Ni pun gambar masa kawan hubby saya tempah. Meh lah kita jenguk resipi kat bawah. 



Bahan-bahan :

2 1/2 cwn gula halus
2 1/2 cwn sntan pekat
air daun pandan (agak2)
sedikt pewarna hijau
5 biji telur
1 sudu besar ovelet
1 sudu besar baking powder *
5 cwn tpg gandum *
kelapa parut
*bahan bahan bertanda * diayak sekali 
Cara-cara :

1. Pukul gula, telur dan ovelet hingga kembang.
2. Kemudian masukkan santan, air daun pandan dan pukul lagi.
3. Seterusnya masukkan tepung gandum yg di ayak bersama baking powder kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
4. Sapu acuan kuih dgn sedikit mnyak dan masukkan kelapa parut dan tekan sedikit.
5. Tuang adunan ke dlm acuan dan kukus hingga masak. Periuk kukus hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.
Sekian, selamat mencuba.

Thursday 14 February 2013

Donut lagi :)

dah lama tak update blog ni.. sebok sikit ...nak kata sebok sgt tu tak la..cuma menyebokkan diri aja...masak mcm biasa la...mmg hari2 kena masak cuma tak update je...harini anak-anak nak makan donat..hujan pula tu...buat aja la..lgpun semua benda ada kat dapur tu...cuma kali ni salut coklat ala-ala big apple gitu..sekejap aja dah habis..makan panas2 pula tu...ok la resepinya sama aja macam resepi Donut Gebu