Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller

Sunday 12 February 2012

Waffle


Hidangan yang sesuai untuk sarapan pagi dan bekalan suami ke tempat keja dan anak ke sekolah. Jika nak
mudah, sediakan bancuhan pada sebelah malam. Selepas sembahyang subuh pun boleh sediakan panas2. Kita juga boleh jadikan bekal ke tempat keja.

Waffle

Resepi:

1 cawan tepung
2 biji telur
3/4 cawan susu cair @ susu segar
2 sudu besar minyak
11/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu besar gula (kalau nak tambah boleh. Ikut suka)
Sedikit garam
Sedikit esen waffle @ esen vanilla
Cara membuatnya:

Pukul telur hingga berbuih sedikit
Kemudian masukkan susu dan kacau
Kemudian massukkan semua bahan lain
Kalau nak senang kisar saja semua sekali.
Panaskan pembakar waffle
Kemudian masak seperti biasa.
Kalau dah masak sapulah krim ikut citarasa sendiri
Sedap dimakan panas2 dan sesuai untuk anak2 bawa bekal ke sekolah


1 comment :

  1. comelnya wafer akak.. x pernah tgk.. mmg bntuk pembakar mcm ni akak?

    ReplyDelete