Followers

A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe - Thomas Keller

Monday 20 February 2012

Chocolate Cake Indulgence

Haa lama dah tak update blog ni.. Bertimbun resipi baru nak upload cuma tade masa je. Takpe2 kita update sikit2 naa. Skrg ni nak update resipi kek coklat indulgence pulak. Yummy Yummy :) Nak buat kek ni byk sikit bendanya dan caranya tapi kalau dah siap and mnjadi keknya mmg puas hati. Mcm kek SR. Hehe.

Ni rupanya bila dah siap tapi comot sikitlah. Nak buat dekoration ni payah sikit bila ank yg kecik sekali tu pun nak join sama. Hehe.


Yg ni pulak bila dah potong.


Resipi :

Bahan2 utk buat kek:
150gm tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung @ butter dicairkan
120ml susu coklat
150gm gula halus
1 1/2 sudu besar ovelet
2 sudu besar emulco
3 sudu besar serbuk koko

Cara-cara :
1. Pukul telur dgn gula hingga kembang. Msukkan ovelet dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
2. Masukkan minyak jagung, putar perlahan. Masukkan pula susu dan emulco. Apabila semati, msukkan tepung dan serbuk koko. Pukul sebati.
3. Panaskan dulu oven lebih kurang 10minit. Bakar kek sehingga masak.

Bahan2 utk white chocolate filling :
100gm white chocolate
150gm butter
2 biji telur (kuning sahaja)
100gm gula halus
250gm non diary whipping cream

Cara-cara :
1. Cairkan coklat double boil -> ketepikan
2. Pukul whipping cream hingga kembang.
*jangan terlebih pukul kerana nnti jadi berketul.
3. Pukul telur dgn butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan whipping cream. Kacau rata.

Bahan2 utk dark chocolate filling:
100gm dark chocolate
150gm butter
2 biji kuning telur
100gm gula halus
250gm non diary whipping cream.
*Cara2nya sama mcm penyediaan white chocolate filling.

Bahan2 utk Ganache :
300gm dark chocolate 
300gm non diary whipping cream
25gm butter

Cara-caranya :
1. Masak whipping cream hingga timbul buih2 kecil
2. Masukkan butter. Kacau perlahan.
3. Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan chocolate dan cair sepenuhnya.tu

Untuk hiasan kek :
1. Belah kek mnjadi empat kepi. *tpi saya dpt ptong 3 je sbb guna loyang besar and kek tu jdi nipis. So susah sikit nak belah jdi empat. 
2. Letakkan sekeping di atas plate. Sapukan white chocolate filling. Ratakn. 
3. Letakkan lagi sekeping kek. Sapukan pula dgn dark chocolate filling. Ratakan. Ulang hingga lapisan kek habis.
4. Sejukkan betul2 dlm fridge sebelum dicurah dgn garnache.
5. Lepas dh curah dgn garnache dan dihias ikur kreatviti msing2, msukkan blik dlm fridge. 
Sekian :o

Kalau ada masa lapang buatlah. Memang resipi mcm pnjg tapi bila kek dah siap mmg tak rugilah cuba resipi.
Cuba cubalah ye :) 

p/s : terima kasih ye kak chah sbb kongsi resipi ni :)






4 comments :

  1. kak.. bestnyer. sy pernah cuba buat tapi tak jadik..kt yg choc cream dia tu tak jadik. pasni nk cuba lagi lah.try pakai resepi akak pulak.boleh kan.

    ReplyDelete
  2. Mestilah boleh. Ni pun akk first time buat. Try lah pelan2. InsyaAllah jadi :)

    ReplyDelete
  3. Patutlah kek chocolate indulgence di Secret Receipe itu mahal; bahan-bahan yang digunakan pun boleh tahan juga. Anyway... memang nampak sedap. Kalau dapat makan malam-malam macam ni, memang lena....

    ReplyDelete
  4. Tu lah. Bila beli dkt SR selalu tertnya jgk kenapelah mahal. Tapi bila dh buat sdiri barulah fham. Buatlah. Puas hati :)

    ReplyDelete